Pegawai diplomatik berpangkat rendah Malaysia buat hal di New Zealand

 Kalau cara media asing 'kompang' kes diplomat yang didakwa suspek kepada kes pencabulan seks dan pecah rumah di New Zealand macam yang buat itu cukup kanan sampai berstatus duta atau pesuruhjaya tinggi.

Hakikatnya sebenarnya ialah diplomat berkenaan cuma seorang pegawai berpangkat Pegawai Waran Dua (dalam tentera atas sikit dari pangkat Sarjan) dari Kementerian Pertahanan. Dia bertugas sebagai pembantu staf Atase pertahanan di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington.

Perkara yang memalukan negara ini menjadi gosip di peringkat antarabangsa selepas media asing melaporkan seolah-olah pegawai tersebut merupakan pegawai kanan diplomatik.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam sidang akhbar di Wisma Putra tengahari Selasa memberitahu pegawai berkenaan bernama Muhammad Rizalman Ismail dan berusia 38 tahun.

Katanya dia sudah berkeluarga dan dia sudah pulang ke Malaysia bersama mereka pada 22 Mei lalu.

Menurutnya Kementerian Pertahanan telah menubuhkan lembaga siasatan untuk menyiasat perkara ini.

"Kami mengambil serius perkara ini kerana nama baik Malaysia yang dipertaruhkan," katanya.

Anifah berkata Rizalman telah dibawa balik pada 22 Mei, dengan diiringi seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan, kira-kira dua minggu selepas dia ditangkap atas tuduhan serangan seksual dengan niat untuk merogol pada 9 Mei.

Anifah berkata tawaran alternatif untuk membawa Rizalman pulang dibuat oleh pegawai dari polis New Zealand dan Timbalan Ketua Protokol Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan semasa bermesyuarat dengan pegawai Malaysia pada 12 Mei.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan akan menimbang menghantar Rizalman ke New Zealand jika ada permintaan dibuat.

"Jika mereka minta dan mereka percaya siasatan di sini tidak dilakukan dengan betul, saya akan pertimbangkannya. Tetapi saya tak fikir mereka ada masalah dengan sistem kehakiman Malaysia," katanya.

Anifah berkata Rizalman berkhidmat di Wellington sebagai kakitangan Kementerian Pertahanan sejak setahun yang lalu.

Sambil menegaskan bahawa Wisma Putra tidak akan “melindungi” diplomat terbabit, Anifah berkata beliau telah meminta polis New Zealand dibenar meneruskan siasatan demi menegakkan keadilan.
Beliau juga memberitahu telah bercakap mengenai perkara itu dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand.

“Hanya kerana dia seorang diplomat tidak bermakna dia akan terlepas begitu sahaja.

“Imuniti (kekebalan) diplomatik bukan bermakna seseorang diberikan lesen untuk melakukan jenayah,” tegas Anifah.

Mengenai soalan kenapa diplomat terbabit dipanggil pulang, Anifah hanya menjawap kemungkinan ada salah tafsir terhadap kandungan e-mel yang dihantar oleh Kementerian Luar Negara dan Perdagangan New Zealand kepada Wisma Putra.

Agensi berita antarabangsa Associated Press (AP) melaporkan, polis menahan diplomat itu 9 Mei lalu dan mendakwanya atas tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan seksual dengan niat untuk merogol.

Kedua-dua pertuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun di bawah undang-undang New Zealand jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, lelaki itu yang mendapat imuniti diplomatik selaku pegawai diplomat sudah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand, John Key semalam berkata, bahawa kerajaannya sudah menuntut agar imuniti diplomatik lelaki itu dibatalkan bulan lepas tetapi ditolak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana