PAS MEmang Bebal Otak Dan Kebodohan AKal..... MH17: DAP berdiri teguh dibelakang Najib ketika PAS salahkan MAS...

Ini dua kenyataan berbeza dari parti pakatan pembangkang, satu dari parti yang majoritinya Cina, manakala satu lagi parti yang semua ahlinya orang Islam.

Parti yang bermajoriti Cina ketika negara berada dalam keadaan 'susah', menawarkan sokongan moral melalui kenyataan media, manakala yang PAS pula, belasah tak habis-habis.

Main politik murahan sedangkan mereka sendiri tidak tahu hujung pangkal.

Bukan soal ikhlas atau tidak sokongan DAP pada Perdana Menteri atau benar ke tidak kritikan PAS, ketika negara berada dalam keadaan yang 'susah' sepatutnya ahli-ahli politik mengambil sikap sebagai negarawan.

Iaitu mengutamakan negara bukannya memberikan 'peluru' untuk media-media asing belasah dan perlekehkan Malaysia lagi.

Dalam satu kenyataan media Jumaat penasihat DAP Lim Kit Siang, semua rakyat Malaysia berdiri menjadi satu di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam mencari keadilan bagi merungkai tragedi malang pesawat MH17.

MP veteran pembangkang itu berkata rakyat Malaysia menyokong gesaan Najib untuk "keadilan segera" terhadap pelaku yang menembak pesawat awam di ruang udara Ukraine, sehingga mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

"Rakyat Malaysia berduka dengan perasaan tidak percaya, terkejut dan bersedih ketika satu lagi kemalangan udara yang dialami melibatkan pesawat Boeing 777 dalam masa kurang daripada lima bulan," kata Lim.

Beliau juga menggesa masyarakat dunia untuk mengutuk dan menuntut siasatan antarabangsa dan membawa penjenayah ke muka pengadilan "sama ada penyebab adalah Rusia, yang pro-Rusia, pemisah Ukraine atau Ukraine."

"Pihak berkuasa Malaysia perlu melancarkan inisiatif diplomatik antarabangsa serta-merta..bencana MH17 bukan hanya bencana Malaysia tetapi bencana antarabangsa, mangsa adalah warganegara dari sekurang-kurangnya sembilan negara," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mempersoal tindakan MAS memilih melalui ruang udara Ukraine memandangnya telah berlaku insiden tembakan terhadap pesawat pengangkutan sebelum itu.

“Dengan rekod yang sedemikian bahaya, pesawat MAS tidak sepatutnya menggunakan ruang Ukraine sebagai laluan penerbangannya kerana risikonya terlalu tinggi,” katanya.

“Kejadian ini menjadi iktibar supaya kerajaan bertindak pantas memastikan pesawat milik negara melalui jalan selamat dengan mengelakkan laluan konflik di mana-mana negara bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini."

Menurut Suhaizan, rakyat Malaysia dan penumpang terperangkap di antara konflik antara Russia dan Ukraine.

"Pemisah Ukraine sepatutnya tahu bahawa pesawat MAS adalah pesawat komersial, bukannya pesawat tentera dan tidak memiliki sebarang senjata atau peralatan persenjataan di dalamnya," katanya yang disiarkan portal-portal pembangkang.

Dalam sidang medianya petang Jutaat, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang diasak dengan soalan mengenai laluan pesawat MAS berkata laluan itu diisytiharkan selamat dan diluluskan oleh badan penerbangan antarabangsa.

"Kami telah menggunakan laluan ini banyak, banyak kali. Malah, 15 daripada 16 syarikat penerbangan di Asia Pasifik menggunakan laluan ini. Syarikat penerbangan Eropah pun menggunakan laluan ini.

"Kami tidak akan menggunakan laluan itu, kecuali jika ada notis saat akhir untuk mengubah laluan berkenaan tetapi...tidak ada sebarang notis," katanya.

Liow berkata MAS memutuskan untuk menggunakan laluan lain selepas Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menutup laluan itu dan menyediakan laluan penerbangan alternatif berikutan nahas MH17 malam tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada Jumaat bahawa pihak berkuasa Ukraine percaya bahawa pesawat tersebut telah ditembak jatuh.

Data pengesanan penerbangan menunjukkan bahawa pesawat itu pada ketinggian 33,000 kaki di udara apabila ia hilang dari skrin radar di timur Ukraine berhampiran sempadan Russia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana