Panas!!!!! Zul Nordin Setuju Desakan Rafizi Ramli Letak Jawatan


KUALA LUMPUR 2 Julai - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bukan sahaja perlu meletak jawatan tetapi juga perlu mengambil sikap bertanggungjawab apabila gagal di dalam perancangan 'Langkah Kajang' semasa Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu PKR, Datuk Zulkifli Nordin berkata beliau bersetuju dengan kenyataan beberapa pihak yang mendesak Rafizi letak jawatan.

"Kegagalan beliau dalam perancangan 'Langkah Kajang', beliau sepatutnya bertanggungjawab dan kegagalan yang diusahakan itu menunjukkan beliau tidak layak menjawat jawatan tersebut," katanya ketika dihubungi RakyatNews hari ini.

Dalam masa Zulkifli meminta Rafizi supaya melihat kepada parti sendiri terlebih dahulu sebelum menuduh orang lain berhubung isu kroni dalam pembinaan kampus-kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Kalau hendak cakap mengenai kronisme, Rafizi eloklah tengok pada parti dia sendiri, Ketua Umumnya bapa, presidennya mak," ujar beliau.

Sebelum ini bekas Ketua Penerangan PKR Kedah, Ishak Man menggesa Rafizi meletakkan jawatan kerana beberapa tindakannya didakwa membawa kepincangan kepada perpaduan ahli di dalam parti itu.

Jelas beliau, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) perlu membuat keputusan mengenai perkara itu kerana jika Rafizi tidak meletakkan jawatannya PKR mungkin akan hilang kepercayaan daripada ahli dan rakyat.

Bahkan Ishak mendakwa, Rafizi merupakan arkitek kepada malapetaka yang dihadapi oleh PKR sekarang dan beliau juga didakwa menjadi penyebab kepada kemelut di dalam parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana