MH17: Datin Siti Dina hilang lima ahli keluarga sekaligus
Sungguh memilukan untuk seorang ibu apabila mengetahui anak perempuan dan empat anggota keluarganya mungkin merupakan antara penumpang penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia, lewat malam tadi.
Ibu itu yang dikenali sebagai Datin Siti Dina (gambar) berkata anak perempuannya Sherliza Zaini, 45 menaiki penerbangan itu bersama suami dan tiga anak berumur antara lapan hingga 15 tahun.
“Saya terkejut, saya mengetahui berita itu apabila dihubungi seorang rakan, lantas saya membuka televisyen untuk menonton berita CNN pada pukul 12.30 tengah malam.
Hanya selepas itu, saya menyedari ia adalah penerbangan MH17 Malaysia Airlines,” kata ibu yang kesedihan itu ketika ditemui di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Bernama melaporkan Siti Dina berkata, keluarga itu akan singgah di Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan pulang ke Melbourne, Australia.
“Suaminya seorang warganegara Belanda dan mereka bercuti bersama di Netherlands sebelum insiden itu,” katanya kepada wartawan.
Siti Dina berkata abang ipar Sherliza di Netherlands mengesahkan keluarga itu menaiki pesawat itu selepas menghantar mereka di Lapangan Terbang Amsterdam pada Khamis.
Tidak seperti keluarga lain, Siti Dina datang ke KLIA bersendirian dengan harapan mendapat maklumat terkini mengenai MH17.
Sejak pukul 7 pagi tadi, beberapa anggota keluarga penumpang telah berada di anjung tinjau KLIA tetapi enggan ditemu bual oleh wartawan.
Laporan sebuah media asing berkata penerbangan MH17 telah “ditembak jatuh” semasa terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, malam tadi (waktu Malaysia).
Pesawat itu berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal.
MH17 telah terputus hubungan dengan MAS kira-kira pukul 12.15 tengah hari (waktu tempatan) dari Tamak , kira-kira 50 km dari sempadan antara Ukraine dan Rusia.

Comments