MH17: Cukuplah dengan komen negatif


SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan orang ramai agar segera berhenti daripada mengeluarkan komen negatif terhadap insiden MH17.

Menurutnya, ketika ini sepatutnya rakyat Malaysia bersatu menyatakan simpati kepada keluarga mangsa dan mengecam pihak yang bertanggungjawab.

“Cukup-cukuplah dengan segala komen negatif. Ini bukan masanya.

“Tatkala kita patut bersatu menyatakan simpati kepada keluarga mangsa, sokongan kepada MAS dan kecaman terhadap puak pengganas yang bertanggungjawab, ramai pula yang nak fokus kepada benda yang negatif,” katanya dalam kemas kini status Facebook terkini.

Beliau yang kini berada di Glasgow, United Kingdom bagi menghadiri Sukan Komanwel akui faham pihak-pihak tersebut cuba untuk menegur namun katanya, teguran itu ada cara dan tempatnya.

Semalam, beliau memuat naik gambar bersama krew MAS bagi penerbangan MH1 menuju ke London.

“Perasaan sedih dan marah masih tidak hilang. Pesawat MH17 menjadi mangsa pihak pengganas. Ya pengganas. Tiada lagi perkataan yang sesuai bagi mereka yang bertanggungjawab atas pemusnahan MH17.

“Saya betul-betul harap kita dapat membawa pengganas ke muka pengadilan secepat mungkin. Kotak hitam mesti dipulangkan kepada Malaysia dan tidak disimpan oleh Russia atau Ukraine. Dua negara ini berkepentingan. Mereka tidak boleh simpan kotak hitam itu,” tulisnya, lewat malam tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana