#MH17 : Bekas Pelakon Spanar Jaya Turut Terkorban!!!


INGATKAH lagi anda dengan pasangan anak-beranak, Jaya dan Shuba yang menjadi peserta untuk program realiti Mari Menari musim pertama terbitan Astro kira-kira empat tahun lalu?

Rupa-rupanya, Shuba yang juga seorang pelakon adalah antara 298 mangsa yang terlibat dalam insiden pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine dua hari lalu.

 Lebih menyedihkan, suami dan anaknya yang dikenali sebagai Paul Goes dan Kaela juga turut bersama-sama Shuba dalam pesawat itu.

Mengimbas kariernya, dia pernah muncul dalam beberapa drama bersiri seperti Spanar Jaya, Gadis 3 dan juga pernah terlibat dalam pementasan Fourplay, Charley’s Auntie and Hungry for Hope.

Shuba bersama suami dan anaknya dalam perjalanan pulang dari Amsterdam, Belanda menuju ke Kuala Lumpur selepas bertemu dengan keluarga mertuanya di sana sebelum berlakunya tragedi itu.

Apapun, takziah diucapkan kepada keluarga Jaya dan semoga tabah menghadapi dugaan ini…...

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana