MAS anjur majlis tahlil untuk mangsa nahas MH17

PETALING JAYA: Kira-kira 500 orang hadir dalam majlis tahlil dan bacaan Yasin anjuran Malaysia Airlines (MAS) hari ini bagi mendoakan kesejahteraan mangsa pesawat MH17 yang terkorban Khamis lepas.

Pengurus Perhubungan Luar MAS, Lokman Ishak, berkata majlis itu yang dianjurkan dengan kerjasama Masjid Tengku Kelana Jaya Petra di sini adalah antara siri majlis kerohanian dianjurkan MAS berikutan tragedi itu. "Selain kakitangan MAS sendiri, kami turut menjemput orang ramai dan waris mangsa dalam majlis keagamaan ini," katanya di sini, hari ini.
Diketuai Imam Shaedin Wahab, majlis dimulakan dengan bacaan tahlil sebelum diteruskan dengan solat hajat, majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Sementara itu orang ramai yang turut sama menyertai majlis itu berkata kehadiran mereka sebagai tanda sokongan kepada keluarga mangsa.

"Apabila teringat keluarga mangsa, terutamanya hampir Aidilfiltri memang tidak dapat dibayangkan kesedihan mereka," kata Asiah Mohd, 53.
Anggota Jawatankuasa Muslimat Masjid, Rozini Yahya, pula berkata jumlah kehadiran di masjid adalah lebih ramai daripada biasa.

"Walaupun kita jangkakan ramai yang dah pulang ke kampung masing-masing, namun memang sambutan sangat menggalakkan lebih daripada biasa. Mungkin ini caranya kita semua berkongsi kesedihan," katanya.

Sementara itu, majlis khas bacaan doa antara agama akan diadakan di Akademi Malaysia Airlines, Kelana Jaya pada 8.30 malam esok.

Majlis bacaan doa itu akan bermula dengan upacara untuk orang Islam pada 8.50 malam, diikuti penganut Kristian (9.05 malam), Sikh (9.20 malam), Buddha (9.35 malam), Tao (9.50 malam) dan Hindu (10.05 malam).

Dalam kejadian Khamis lepas, pesawat MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas, dipercayai ditembak jatuh di ruang udara Ukraine.

Insiden itu mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal, 43 daripadanya warganegara Malaysia.

- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana