Jalan Imbi Runtuh Tiada Kaitan Dengan Projek MRT

KUALA LUMPUR 2 Julai - Insiden tanah runtuh di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi yang runtuh tengah hari tadi tidak mempunyai kaitan dengan Projek Transit Rapid Massa (MRT).

Menurut MRT, Jalan tersebut tidak termasuk dengan laluan Projek MRT antara Sungai Buloh-Kajang.

"MRT Corp ingin menegaskan insiden (tanah runtuh) tersebut tidak terlibat dengan Projek MRT," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

MRT kemudiannya menasihati pengguna jalan raya mematuhi arahan pihak polis yang mengawasi lokasi tersebut dan meminta para pengguna memandu dengan cermat terutama bagi penunggang motosikal.

Sehingga jam tiga petang tadi, pihak berkuasa masih lagi menjalankan aktiviti pengorekan tanah susulan terdapat saluran gas, air dan kabel yang mungkin boleh mencetuskan letupan akibat tekanan tinggi.

Siasatan awal pihak berkuasa turut mendapati kemungkinan punca tanah runtuh akibat daripada saluran air dalam tanah pecah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana