Ini baru adil...PM umum kenderaan dari Singapura masuk Malaysia akan kena caj

Isu ini bukan baru.Sebenarnya ia sudah berbangkit dari masa ke semasa.Pokoknya perasaan tidak adil terhadapnya sudah lama terpendam.Bayangkan kenderaan dari Singapura senang-senang lenggang kangkong masuk keluar Malaysia.Pada ketika yang sama kenderaan dari Malaysia yang masuk Singapura - kecuali hari Sabtu dan Ahad - kena bayar caj Permit Masuk Kenderaan (VEP).

Dulu rasional disebalik biar kenderaan Singapura masuk ke Malaysia bagi membolehkan Johor mendapat limpah nikmat dari orang Singapura yang datang berbelanja di negeri itu khususnya di Johor Bharu.

Dari satu segi memang ada kebenaran.Kalau kita duduk di Tambak Johor atau berlegar di kedai-kedai makan sekitar Johor Bharu memang kelihatan banyak sekali kenderaaan dari negara itu saban hari.

Malah ada yang kata kalau nak kira jumlah terkumpul orang Singapura berbelanja di Johor Bharu lebih berbaloi berbanding jika caj dikenakan keatas kenderaan yang masuk.

Siapa yang tidak seronok boleh keluar masuk percuma sepanjang masa.

Namun langkah Singapura baru-baru ini mengumumkan kenaikan kadar VEPÂÂÂÂ  untuk kenderaan Malaysia yang masuk ke negara itu daripada S$20 (RM51.40) kepada S$35 (RM90) sehari berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Jumlah yang hampir seganda itu membuatkan ramai yang melompat.

Kalau bercakap bab Singapura...tak perlu nak rayu dan buat muka sedih.Negara itu tidak pernah berganjak bila sudah membuat sesuatu keputusan.

Maka berderailah suara-suara termasuk dari kerajaan negeri Johor yang mencadangkan agar kerajaan pusat mengenakan VEP keatas kenderaaan dari Singapura pula.

Jawabnya...zaman kenderaaan dari Singapura masuk Malaysia percuma akan berakhir tidak lama lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ambil masa lama untuk respon kepada desakan dalam hal ini.

Petang Rabu ketika berucap sebelum majlis berbuka puasa dengan rakyat Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bharu beliau membuat pengumuman yang dinanti-nantikan selama ini.

Katanya Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan caj VEP ke atas kenderaan asing dari Singapura yang memasuki Johor.

Perdana Menteri berkata kadar bayaran dan tarikh penguatkuasaan VEP akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya beliau telah meminta kerajaan negeri Johor memberikan notis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung pelaksanaan VEP.

"Sebahagian daripada hasil kutipan itu akan kita kongsi dengan kerajaan negeri Johor," kata Najib.

Beliau berkata keputusan itu juga telah dimaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, yang dipertanggungjawabkan menjaga Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri taklimat pembangunan negeri selama lebih sejam bagi mendapatkan maklumat mengenai pelan dan pelaksanaan kerajaan negeri terutama akujanji yang dijanjikan pada Pilihanraya Umum ke-13, tahun lepas.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, yang ditemui selepas taklimat itu, berkata pelaksanaan bayaran VEP itu tidak melibatkan kenderaan asing dari Thailand di sempadan utara Semenanjung.

"Kemungkinan kita ambil pendekatan dua hala antara Malaysia dan Singapura kerana hanya Singapura sahaja yang mengenakan bayaran ke atas kereta berpendaftaran Malaysia sedangkan negara-negara lain tidak mengenakan bayaran," kata Aziz.

Sebelum ini, kerajaan negeri Johor mencadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk mengenakan bayaran VEP sebanyak RM20 sehari bagi kenderaan Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Lebuh Raya Laluan Kedua.

Daripada jumlah itu, RM5 diserahkan kepada kerajaan negeri untuk penyelenggaraan jalan raya di negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL