Info Warga Pantai Timur....Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 antara Cheneh hingga Jabor kini dibuka

Jajaran projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari persimpangan Jabor sehingga persimpangan Cheneh di Terengganu dibuka kepada awam mulai hari ini bagi memudahkan pengguna pulang berhari raya.

Menteri Kerja Raya, Dato’ Fadillah Yusof dalam kenyataannya hari ini berkata, pembukaan laluan sepanjang 26 kilometer itu juga diharap dapat mengurangkan kesesakan trafik menuju ke pantai timur.

“Kerajaan komited dalam menyegerakan penyiapan beberapa jajaran yang masih dalam pembinaan iaitu dari persimpangan Cheneh ke persimpangan Chukai dan dari persimpangan Kerteh ke persimpangan Paka.

“Kerajaan yakin bahawa jajaran ini dapat dibuka secara berperingkat sebelum penghujung September ini,” katanya.

Katanya LPT2 sepanjang 184km merupakan satu daripada projek infrastruktur berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat setempat dan negara ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020.

LPT2 mula dibuka kepada orang ramai pada 22 Ogos 2011, dan sehingga 25 Jan 2014, kerajaan telahpun membuka sebahagian jajaran sejauh 104km dari persimpangan Kuala Terengganu ke persimpangan Paka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana