FIFA Denda Algeria RM181,107 Kerana Pancaran Laser

RIO DE JANEIRO 1 Julai - Persatuan Bola Sepak Algeria didenda 56,400 dolar (RM181,107) oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas ada penyokongnya dilihat memancarkan sinaran laser ke arah pemain ketika perlawanan peringkat awal Kumpulan H menentang Russia.

Imej daripada siaran televisyen menunjukkan ada pancaran hijau, yang kebiasaannya dijana oleh pen laser dipancarkan kepada penjaga gol Russia sebelum Algeria menyamakan kedudukan 1-1, Jumaat lalu.
Denda yang dikenakan FIFA juga membabitkan kesalahan menggunakan suar dan bom asap oleh penyokong Algeria.

“Persatuan Bola Sepak Algeria dipersalahkan kerana sikap tidak sepatutnya yang dilakukan di kalangan penyokong mereka iaitu insiden gangguan penonton ketika perlawanan Piala Dunia membabitkan Russia dan Algeria,” kata jurucakap FIFA.

“Antara yang dipersoalkan mengenai insiden itu ialah penggunaan laser, lampu Bengal dan bom asap. Jawatankuasa Disiplin FIFA mengenakan denda 56,400 dolar selain memberi amaran kepada Persatuan Bola Sepak Algeria.”

Algeria bertemu Jerman pada perlawanan pusingan dua pada jam 4 pagi ini - Reuters

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana