Dogma Tahaluf Siasi Khalid Samad aibkan PAS

Apabila ada yang bertanya kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan DAP bagi menentang Barisan Nasional dan UMNO, parti itu menggunakan alasan Tahaluf Siasi bagi menghalalkan cara politik mereka.

Tahaluf Siasi bvermaksud perjanjian persefahaman bagi menjalin kerjasama dan saling membantu untuk menghadapi lawan.

Persefahaman ini pernah berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Aus dan Khazraj, yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya negara Islam.

Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muttalib, yang berlaku sebelum peristiwa Hijrah dan persefahaman dengan Kabilah Khuza’ah selepas Perjanjian Hudaibiah.

Bagaimanapun Tahaluf Siasi menjadi dogma kepada ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalil Samad berdasarkan tindak tanduk dan kenyataan beliau yang terlalu menyokong kepentingan penyokong DAP.

Begitu juga dengan isu rampasan bible bahasa Malaysia yang menggunakan kalimah Allah.

Khalid paling ke hadapan menentang tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malah berlarutan sehingga mencadangkan kerajaan Selangor mengurangkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang bertanggungjawab memastikan dan memeliharan kesucian agama Islam tanpa menganggu penganut agama lain di dalam menganut fahaman masing-masing.

Bagaimanapun, Khalid sudah terlajak dalam Tahaluf Siasi kerana pemimpin-pemimpin PAS lain di Selangor tidak sehebat beliau mengkritik dan menghentam JAIS dan MAIS secara berterusan.

Bahkan, PAS Selangor tidak menyokong gesaan Khalid yang mahu kuasa eksekutif MAIS dikurangkan.

Hanya Khalid bersendirian dalam hal isu walaupun sebelum ini beliau dapat menarik tiga lagi ahli parlimen PAS Selangor bagi menyokong gesaannya itu.

Mereka adalah Hanipa Maidin (Sepang), Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).

Kebodohan Khalid dalam memahami peranan MAIS terdedah melalui kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah yang menilai ahli parlimen itu biadap serta jahil mengenai undang-undang tubuh kerajaan negeri serta peranan baginda sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

Perkara lain yang patut diketahui Khalid, adalah amat jelas perkara yang berkaitan sesebuah negeri perlu diputuskan di peringkat negeri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bukannya campur tangan ahli palimen seperti beliau.

Jika benar PAS mahu mempertahankan Tahaluf Siasi, parti itu boleh mencadangkan Adun parti itu membawa usul atau sebarang pindaan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

PAS boleh meminta sekutu mereka DAP dan PKR menyokong usul menghapuskan kuasa eksekutif MAIS atau apa sahaja yang mereka fikirkan wajar demi survival politik masing-masing.

Pakatan Rakyat Selangor mempunyai cukup majoriti berbuat demikian tetapi kenapa PAS Selangor tidak mencadangkan usul atau pindaan undang-undang termasuk dalam isu kuasa eksekutif MAIS atau membenarkan kalimah Allah digunakan di Selangor?

Memang benar, PAS memegang Tahaluf Siasi bagi mengukurkan kerjasama mereka menumbangkan Barisan Nasional tetapi dikalangan sebahagian besar pemimpin PAS tidak jadi seperti Khalid yang sudah terlalu taksub dengan perkara itu.

Nampaknya Khalid dihantui dogma Tahaluf Siasi dan demi itu beliau sanggup buat apa sahaja asalkan mendapat perhatian rakan-rakan dari DAP dan PKR.

Kemurkaan Sultan Selangor terhadap Khalid tentu memberi kesan kepada PAS.

Ibarat pepatah, seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit.

Umum tentu mahu melihat sanggupkan PAS menghukum Khalid sama seperti parti itu menghukum dan memecat keahlian Datuk Dr Hasan Ali yang membuat kenyataan menentang perbuatan tidak bermoral Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Begitu juga hukuman PAS terhadap bekas Timbalan Presiden Nasaruddin Md Isa sehingga beliau tewas dalam pemilihan dan berdepan desakan supaya dipecat keahliannya semata-mata dianggap sebagai penggerakan usaha kerajaan perpaduan PAS dengan UMNO.

Khalid Samad tidak boleh terlepas begitu sahaja.

Satu cadangan kepada Khalid, lebih baik beliau menyertai DAP dan PKR jika ketaksuban Tahaluf Siasi sudah tertanam di hatinya.

Lagipun, DAP tentu mahu pemimpin seperti Khalid sebagai promoter parti sama seperti mereka menerima Dyana Sofya Mohd Daud dan Young Syefura Othman sebagai koleksi ‘awek cun’ untuk menarik orang Melayu membela parti Cina itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana