DIPLOMAT MALAYSIA AKAN DITAHAN SEBAIK TIBA DI NEW ZEALAND, KATA POLIS WELLINGTON


Diplomat Malaysia yang dituduh atas kesalahan pecah rumah dan serangan seksual akan ditahan dan dihadapkan ke mahkamah sebaik tiba di New Zealand, kata polis Wellington.

Komander polis Supritendan Sam Hoyle berkata polis akan bekerjasama rapat dengan Crown Law dan MFAT berhubung proses perundangan dan logistik diplomat berkenaan.

“Ini situasi perundangan yang unik dan kompleks maka perancangan teliti diperlukan namun tarikh kepulangannya belum ditetapkan.

“Mahkamah boleh memerintahkan tahanan reman, membebas atau menetapkan ikat jamin dengan atau tanpa syarat. Pada waktu ini tarikh perbicaraan juga ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan seperti disiarkan The New Zealand Herald.
Semalam, kerajaan Malaysia memutuskan untuk menghantar Muhammed Rizalman Ismail, diplomat yang dikehendaki kerajaan New Zealand kerana dituduh melakukan jenayah.

Wisma Putra berkata, tindakan menghantar Rizalman itu diharap dapat membantu siasatan ke atas tuduhan yang dihadapinya selain kerajaan Malaysia juga akan menyediakan bantuan guaman kepada Rizalman.

Hoyle berkata, polis akan terus memberi sokongan dan perkembangan terkini kepada mangsa mengenai proses yang sedang berlangsung.

Media pada Selasa mendedahkan Rizalman terlibat dalam jenayah rogol dan rompak di New Zealand tetapi dihantar pulang ke Malaysia kerana memiliki imuniti diplomatik.

Isu tersebut menimbulkan kontroversi di New Zealand, terutamanya kegagalan mendakwa tertuduh penyerang seks tersebut.

Pentadbiran Perdana Menteri New Zealand John Key juga dikritik hebat, terutamanya kerana lambat bertindak selepas hampir sebulan kes tersebut berjalan.

Diplomat tersebut didakwa mengikuti wanita 21 tahun ke rumah dan kemudian mencabulnya. Beliau juga didakwa melakukan rompakan dalam insiden yang sama.

Bagaimanapun, beliau “lari” dari New Zealand dan pulang ke Malaysia apabila menggunakan imuniti diplomatik selepas penahanannya pada 9 Mei.

Akhbar New Zealand Herald hari ini melaporkan pegawai tertinggi Kementerian Luar New Zealand menawarkan peletakan jawatan berikutan kesilapan pengurusan kes serangan seksual melibatkan diplomat Malaysia itu.

John Allen, pegawai di kementerian itu, membuat tawaran berkenaan selepas Rizalman yang bekerja sebagai pembantu kakitangan (pertahanan) di Kedutaan Malaysia meninggalkan negara itu selepas dituduh melakukan serangan tersebut.

Menteri Luar Murray McCully bagaimanapun menolak tindakan pegawai berkenaan, sebaliknya berkata beliau marah dengan insiden itu yang turut memalukan Perdana Menteri John Key.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana