Anggota polis diculik hubungi keluarga lagi semalam...Penceroboh Macam Nak Wang Tebusan Jer

Anggota Polis Marin yang diculik dan dilarikan oleh kumpulan pengganas di sebuah resort di Pulau Mabul, sekali lagi menghubungi keluarganya pada Selasa malam.

Menceritakan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mangsa Konstabel Zakiah Aleip, 26, berada dalam keadaan selamat.

Khalid berkata, ia berdasarkan keterangan dan maklumat daripada keluarga mangsa.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan semasa mangsa namun menjelaskan, pihak polis mempunyai pelbagai perancangan melalui operasi yang dijalankan untuk menyelamatkannya.

Ini kali kedua beliau menghubungi keluarga selepas kali pertama sehari setelah dilarikan penculik.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota polis di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Sabtu lalu, Koperal Abdul Rajah Jamuan, 32, maut manakala Konstabel Zakiah, masih hilang selepas kejadian tembakan dengan kumpulan lelaki bersenjata dalam satu serangan hendap di Mabul Water Bungalows Resort, Pulau Mabul, Sabah.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL