Amerika 'cop' Malaysia... pusat jenayah online rakyat Afrika

Ini yang tidak sedap didengar...bukan sahaja rakyat Malaysia yang sering jadi mangsa 'pak hitam' rakyat Afrika dengan berbagai jenis penipuan internet di negara ini.

Apa yang mengejutkan adalah pendedahan Konsul Jeneral Amerika Syarikat di Malaysia, Tim Scherer kepada agensi berita Reuters bahawa ratusan wanita warga negara itu turut menjadi mangsa.

Lebih bahaya lagi adalah rakyat Afrika tersebut melakukan jenayah itu melalui sindiket yang beroperasi di Malaysia.

Sehinggakan Amerika Syarikat 'cop' Malaysia sebagai pusat jenayah dalam talian yang didalangi oleh rakyat Afrika.

Menurut Tim, kebanyakan rakyat Afrika yang memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar, mengambil kesempatan atas infrastruktur internet yang bagus di negara ini untuk mencari mangsa dalam kalangan wanita pertengahan usia yang kesepian melalui laman sosial sebelum mengebas wang simpanan mereka.

Jelasnya, cara penipuan yang dijalankan oleh sindiket di Malaysia juga lebih licik berbanding di Nigeria disebabkan sistem perbankan canggih negara ini yang membolehkan pelaku membuka akaun dan menerima perpindahan wang dengan pantas.

Katanya, suspek selalunya mendampingi mangsa melalui laman sosial selama berbulan-bulan dan menggunakan teknik memalsukan surat yang kononnya daripada Kedutaan AS di Malaysia untuk meyakinkan mangsa.

Tambahnya, aduan kepada pihak berkuasa tentang penipuan tersebut meningkat lebih 80 peratus selain berpuluh-puluh kes dilaporkan pada setiap minggu dan lebih 600 kes setahun.

"Rakyat Australia, Kanada dan Eropah juga menjadi mangsa penipuan internet ini.

"Mereka tidak menyasarkan janda kaya, tetapi wanita AS kelas pertengahan yang tidak mempunyai banyak wang dan jenayah tersebut menjadikan kehidupan mangsa lebih teruk," katanya.

Kedutaan AS menganggarkan kerugian berjuta-juta dolar setahun termasuk kes terbesar membabitkan dua wanita yang kehilangan AS$250,000 (RM796,347) setiap seorang dalam tempoh 12 bulan, tetapi jumlah kerugian mungkin jauh lebih tinggi memandangkan ramai mangsa dipercayai malu untuk tampil membuat laporan atau tidak tahu mahu mengadu kepada siapa.

Menurut Scherer, ramai rakyat Nigeria datang ke Malaysia yang merupakan hab pendidikan global dan mendapatkan visa pelajar untuk menghadiri kolej, tetapi tidak semua mereka merupakan pelajar yang sah.

"Polis Malaysia juga kekurangan sumber dan kepakaran untuk menangani jenayah itu dan masih belum mengemukakan kes jenayah penipuan internet yang melibatkan rakyat AS sebagai mangsa," katanya.

Bagaimanapun, polis Malaysia dan Kedutaan Nigeria di Malaysia masih belum memberi maklum balas tentang laporan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana