Alahaiii PR!!!!! Tuduhan Felda Bankrap Akhirnya Bankrapkan Pemikiran Pembangkang

KUALA LUMPUR,  7 Julai  – Durian runtuh untuk peneroka Felda yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja melenyapkan pelbagai tuduhan oleh pembangkang terhadap agensi berkenaan malah telah memalukan diri mereka sendiri  dengan tohmahan yang tidak masuk akal.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO,  Jamawi Jaafar berkata walaupun Felda dilanyak dengan pelbagai berita pembohongan khususnya berhubung penyenaraian FGVH di bursa saham, akhirnya perkara tersebut memakan diri mereka.

Malah menurut beliau pernah satu ketika Felda dihentam kononnya hampir-hampir bankrap tetapi ternyata Felda terus kukuh dan terus memberi manfaat kepada warga peneroka.

“Sekarang siapa yang sebenarnya yang bankrap? Dalam mereka asyik menghentam  Felda, ternyata peneroka terus  mendapat keuntungan dan terbaru mereka mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembayaran dividen akhir Felda Global Ventures Berhad (FGV) berjumlah RM72.9 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

“Malah pengumuman pemberian duit raya berjumlah RM30.5 juta kepada kesemua warga peneroka dengan setiap seorang menerima RM300 yang difahamkan mula dibayar minggu depan merupakan satu lagi kejayaan agensi tersebut.

“Inilah bukti dan inilah tanda bahawa kerajaan yang ada pada hari ini bukanlah menipu malah jauh sekali untuk menekan rakyat  tambahan pula masyarakat luar bandar. Ternyata apa yang didakwa pembangkang selama hanyalah fitnah semata-mata,” katanya di sini.

Beliau seterusnya percaya pembangkang tidak akan berputus asa untuk melemparkan pembagai berita dan dakyah mereka terhadap agensi berkenaan.

“Kita menyerulah agar pembangkang melihat perkara tersebut dengan hati yang ikhlas dan bukannya dengan penuh perasaan dengki dan sebagainya. Sekali sekala apa salahnya iktiraf kejayaan Felda dalam menguruskan tanggungjawab termasuklah merencana pelbagai program pelaburan yang bermanfaat untuk warga Felda. Jangan hanya berpolitik sepanjang masa,“ ujarnya.

Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pembayaran dividen akhir Felda Global Ventures Berhad (FGV) berjumlah RM72.9 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, pembayaran dividen itu membolehkan setiap peneroka menerima imbuhan RM647.78 seorang membabitkan jumlah 10 sen sesaham yang akan dibayar menerusi Tabung Amanah bermula 11 Julai ini.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM30.5 juta kepada kesemua warga peneroka dengan setiap seorang menerima RM300 yang difahamkan mula dibayar minggu depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana