Abbott Marah, Mahu Siasatan Terperinci MH17 Dilakukan

CANBERRA 18 Julai - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, yang marah berikutan pesawat Penerbangan Malaysia ditembak jatuh semalam, mahukan penyiasatan bebas bagi menyiasat kejadian itu sepenuhnya dan menyifatkan respons Russia sebagai “amat tidak memuaskan”.

Abbott mengecam Duta Russia ke Australia, Vladimir Morozov, yang menemui Menteri Luar, Julie Bishop hari ini. Dalam pertemuan itu, duta berkenaan menuduh Ukraine bagi kejadian semalam, yang mengakibatkan semua 298 orang di dalamnya maut, termasuk 28 rakyat Australia.

Abbott kesal apabila Russia menyatakan ia tidak ada kena-mengena dengan kejadian itu kerana ia berlaku di ruang udara Ukraine.

Tambahnya, oleh kerana pemberontak yang disokong Russia itu nampaknya menggunakan senjata yang dibekalkan oleh Russia, Australia mahukan penyiasatan sepenuh mungkin. - AP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana