TIAN CHUA KENA TAHAN LAGI... KALI INI DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU PULAK!!!




Bulan lepas, Tian Chua ditahan dan dilarang memasuki Sarawak. Nampaknya, dia tidak berputus asa dan cuba pula nasib di Sabah.

Ternyata, nasib tidak menyebelahinya. Walaupun dia telah menghina rakyat Sabah dan pasukan keselamatan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan rakyat Sabah daripada sebarang anasir subversif di negeri Borneo Utara itu, Tian Chua cuba untuk membuktikan yang dia tidak bersalah. Konon-kononnya dia bertelinga tebal. Konon-kononnya apa yang dikatakannya dahulu, bukanlah keluar dari mulutnya dan semua itu adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional semata-mata.

Atau lebih tepat lagi, semuanya adalah SANDIWARA UMNO sahaja kerana UMNO terlalu takut dengannya dan Pakatan Rakyat.

Berita yang baru diterima jam 2:06 petang tadi...

Chua Tian Chang telah ditahan dalam NTL di Balai Ketibaan, T2 Kota Kinabalu menggunakan pesawat AK 5136 jam 1:20 tengah hari dari Kuala Lumpur.

Ketika berita ini ditulis, dia masih lagi dalam proses dokumentasi. Dia akan dihantar balik ke Kuala Lumpur dengan AK5113 penerbangan jam 3:45 petang.Semasa ditahan, Tian Chua cuba berlakon tenang namun sibuk membuat panggilan kepada beberapa pihak. Selepas panggilan, Tian Chua mulai mengamuk dan tidak puas hati.

Sabah dan Sarawak, Tian Chua barangkali baru tahu yang kedua-dua negeri itu ada kuasa yang tersendiri!!!

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL