Rahsia Negara : Jangan Bertindak 'Meludah ke Langit Terkena Muka Sendiri'

KUALA LUMPUR 8 April - Ahli Parlimen perlu mengambil sikap bertanggungjawab dalam soal maklumat rahsia negara dengan tidak bertindak umpama 'meludah ke langit terkena muka sendiri'.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, segala permasalahan dalam negara perlu dibincang secara bersama di Dewan Rakyat.

"Dalam aspek perlindungan maklumat ini, Malaysia laksana kajian perlindungan ketirisan maklumat terutama dalam pentadbiran perkhidmatan awam. Ada perkara perlu dibincang bersama di dewan mulia ini (Dewan Rakyat). Ada dikalangan Ahli Parlimen pembangkang yang sokong dasar kerajaan ketika berada di luarnegara, ia merupakan tindakan yang baik.

"Namun ada juga yang memburukkan negara ketika berada di luarnegara malah ada yang sanggup upah orang untuk memalukan negara. Tindakan ini ibarat ludah dilangit dan timpa muka sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengenai aktiviti pengintipan beberapa buah negara terhadap Malaysia.

Dalam masa sama, Shahidan berkata sebanyak 10 sektor yang berada dibawah kawalan maklumat rahsia antaranya ialah melibatkan sektor pertahanan dan keselamatan, perbankan dan perakaunan serta maklumat dan komunikasi.

"Kira-kira 200 agensi terlibat dibawah sektor ini," katanya yang turut mengatakan bahawa maklumat dalam akta rahsia rasmi negara berkenaan tidak diceroboh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana