Polemik Hudud: PAS Terengganu, Selangor sokong Kelantan... lain-lain macam mana?

Polemik mengenai perlaksanaan hukum Hudud kembali rancak sehari dua ini berikutan langkah kerajaan Kelantan mahu membawa rang undang-undang yang diluluskan di negeri itu sejak tahun 1993, ke Dewan Rakyat bagi mendapat persetujuan ahli parlimen.

Tapi persoalannya, boleh ke PAS menyakinkan ahli parlimen mereka sendiri untuk menyokong usul tersebut. Sehingga kini, hanya dua Badan Perhubungan PAS Negeri yang menyatakan sokongan terbuka, iaitu Terengganu dan Selangor.

PAS negeri-negeri lain, macam Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak yang mempunyai basis sokongan yang kuat senyap sunyi.

PAS Terengganu dan Selangor pada Khamis menyatakan sokongan terhadap hasrat kerajaan negeri Kelantan melaksanakan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 (Hukum Hudud).

Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat menyifatkan langkah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob itu itu sebagai tindakan terpuji dan turut mendapat maklum balas positif daripada kerajaan pusat serta ADUN dan Ahli Parlimen di negeri itu.

“Sudah pastinya kita (PAS negeri) menyokong penuh cadangan dan tindakan yang diambil ataupun keputusan dibuat oleh MB Kelantan itu.

“Malah ini akan lebih mudah (diluluskan rang undang-undang) kerana kerajaan pusat sendiri sedia beri kerjasama dan kita harap hasrat kerajaan Kelantan dapat direalisasikan,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Terengganu Khamis.

Sementara itu, PAS Selangor pula dalam satu kenyataan media menyatakan sokongan yang sama.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, PAS Selangor turut menyambut baik hasrat kerajaan Persekutuan mahu membantu hasrat kerajaan Kelantan tersebut.

“PAS Selangor berharap pembentangan rang undang-undang ini akan mendapat laluan baik untuk diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat bagi memberi kuasa kepada kerajaan Kelantan melaksanakan enakmen tersebut.

“PAS Selangor yakin kerajaan Kelantan jika diberi peluang menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, maka negeri Kelantan akan menjadi contoh terbaik negeri yang dapat menyelesaikan masalah gejala sosial dan mendapat keberkatan Allah S.W.T,” katanya.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bahawa kerajaan negeri akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.

Rang undang-undang itu akan dibawa ke sidang Parlimen bagi mendapatkan kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Kata Ahmad, sebahagian besar jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera, dan membunuh di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan sebagaimana diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code).

Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh bagaimanapun menegaskan, DAP bertegas membantah rancangan kerajaan Kelantan tersebut dengan mendakwa hukum hudud tidak sesuai diamalkan pada zaman sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana