Peraga pakaian dalam, pemilik premis dipersoal....Adakah Ini Mencabar Pihak Berkuasa

SHAH ALAM: Penganjur pertunjukan fesyen pakaian dalam di pusat membeli terkemuka di Kuala Lumpur, MidValley Megamall adalah tidak wajar, tegas bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana penganjur boleh 'terlepas' mengadakan pertunjukan yang bertemakan 'A Night in Gotham' untuk tontonan umum.

Dr Asri turut menzahirkan rasa kesalnya apabila penganjur tidak sensitif dan tidak peka terhadap sensitiviti agama ketika menganjurkan pertunjukan sedemikian.

"Saya tidak tahu macam mana mereka terlepas menganjurkan tayangan seperti itu kerana mereka sepatutnya kelulusan itu daripada pemilik premis, siapa yang benarkan mereka.



"Jadi kita kena tanya siapa yang benarkan mereka mengadakan tayangan itu," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Beberapa hari lalu, pusat membeli belah itu dilaporkan mengadakan pertunjukan pakaian dalam secara terbuka diruang legarnya.

Pertunjukan itu jelas menarik perhatian ramai pengunjung yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Model yang memperagakan pakaian dalam itu kelihatan tidak segan silu untuk beraksi 'separuh bogel' di hadapan umum.

"Walaupun kemungkinan kelak ada yang akan mendakwa itu hanyalah dianjurkan untuk bukan muslim, tetapi saya nak tanya.

"Apakah mereka setuju apabila anak-anak kecil dibawa oleh ibu bapa di pusat membeli belah untuk melihat tayangan seperti itu, suka ke tengok anak-anak terdedah dengan tayangan seperti itu sudah tentu tidak, amat tidak wajar," tegasnya.

Jika pertunjukan itu diadakan secara tertutup dan dikhususkan kepada hadirin bukan muslim ianya tidak akan menjadi isu, tambah Asri.

"Kalau dibuat secara tertutup untuk bukan muslim itu terpulanglah sebab mereka ada budaya sendiri, tetapi kita sebut diadakan secaraena tahu juga kalau dibuat dalam keadaan tertutup adakah semua bukan muslim setuju dengan perkara sebegitu," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL