Patut pertimbang buat filem... anak pilot MH370 jawab fitnah

Anak sulung Kapten MH370, Aishah Zaharie Ahmad Shah bangun mempertahankan ayahnya dan mendakwa telah difitnah oleh Daily Mail yang melaporkan berita memetik sumber kononnya beliau memberitahu penyiasat 'dia bukan ayah yang saya kenal'.

“Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, dalam facebooknya (FB) semalam.

Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas media asing, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370.

Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip.

Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang.

Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu.

Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu.

Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh.

FB itu menerima hampir 100 komen dan 200 likes yang hampir semuanya menyelar tindakan media berkenaan yang didakwa melaporkan berita palsu.

Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah.

Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan.

Bagaimanapun, Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang tua yang arif mengenai agama.

Laporan itu juga berkata, Aishah menjelaskan kepada pegawai penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain namun menolak kemungkinan ayahnya sengaja membahayakan nyawa anak kapal dan penumpang.

Portal itu juga menyebut Zaharie dalam proses menceraikan isterinya dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.

Portal itu juga memetik isteri Zaharie, Faizah sebagai berkata, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.

Dalam laporan itu juga, Faizah mendakwa Zaharie sudah berhenti bercakap dengannya pada minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.

Portal itu berkata, Faizah menganggap adalah tidak adil menyalahkan suaminya.

Bagaimanapun, sepanjang soal siasat, dia memberitahu polis suaminya menjadi semakin terganggu beberapa bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.

Sebelum ini media barat menyiarkan secara besar-besaran mengenai simulator milik juruterbang itu yang ada di sebuah bilik di rumahnya.

Bagaimanapun, selepas diperiksa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati tiada data meragukan dan simulator Zaharie hanya sebagai hobi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana