PANAS..!!! Peguambela Anwar Bergegas Failkan Petisyen Rayuan Selepas Karpal Singh & Co Gagal.

Semalam, Anwar Ibrahim cuba bermain politik dengan melakukan tekanan kepada Mahkamah Persekutuan agar melengah-lengahkan atau menunda kes perbicaraannya di Mahkamah Persekutuan berhubung hukuman penjara 5 tahun yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu. Kata Anwar, kematian Karpal Singh sepatutnya membolehkan Mahkamah Persekutuan melambatkan perbicaraannya.

Namun hari ini, peguam-peguam Anwar bergegas menfailkan petisyen untuk rayuan di pejabat pendaftaran Mahkamah Persekutuan selepas firma guamannya, Karpal Singh & Co gagal untuk mendapatkan penangguhan penyerahan petisyen.

Memandangkan tarikh akhir penfailan petisyen adalah esok, Anwar Ibrahim sebenarnya cuba mendapatkan penangguhan selama dua minggu apabila Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan di lebuhraya pada 17 April lalu.

Zaleha al-Hayat yang mewakili Karpal, telah memohon untuk mendapatkan penangguhan menerusi sepucuk surat yang dikirimkan kepada pendaftar mahkamah petang semalam. Bagaimanapun, suratnya itu telah ditolak oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Persekutuan, Nor Kamilah Aziz yang kemudian memberitahu, permohonan untuk mendapatkan penangguhan perlu difailkan menerusi Notice of Motion dan bukannya menerusi surat.

Firma guaman tersebut kemudiannya memutuskan mereka tidak akan menfailkan Notice of Motion memandangkan ia akan melepaskan tempoh akhir sebaliknya akan menfailkan petisyen.

Ramkarpal Singh akan membuat petisyen rayuan. Manakala peguam veteran, Sulaiman Abdullah akan menggantikan Karpal Singh untuk mengetuai rayuan itu.

Pada 7 Ogos 2008, di Mahkamah Sesyen, Anwar Ibrahim, 67, telah meminta dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3:01 pm dan 4:30 pm pada 26 Jun tahun yang sama.

Mahkamah Tinggi kemudiannya memerintahkan Anwar membela diri pada 16 Mei 2011. Dia kemudian dibicarakan dan dibebaskan pada 9 Januari 2012. Pihak pendakwaraya telah menfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Januari 2012.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Dia kemudiannya berjaya mendapatkan perintah penangguhan hukuman.

Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, manakala pihak pendakwaraya pula merayu agar hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim, lebih berat.

Ps :Kenapa la peguam islam seperti sulaiman yg berserban pun sanggup mempertahankan orang seperti anwar.Ini membawa kesan negatif ke atas golongan homoseksual beragama islam.Mereka akan berpendapat homoseksual layak dipertahankan atau diperjuangkan.malang sekali....

Dari Sumber..

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL