Negara Islam: Perang PAS dan DAP di Perak...

Ditengah-tengah kerancakan PKR berkempen untuk pemilihan parti itu Mei depan, dua lagi komponen gabungan pembangkang PAS dan DAP rancak serang menyerang sesama sendiri.

Di Perak, persoalan utama yang menjadi pertikaian adalah DAP tidak setuju dengan dasar dan perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata perjuangan PAS bagi menegakkan sebuah negara Islam dengan melaksanakan syariat Islam di negara ini telah pun termaktub sejak awal penubuhannya.

Menurutnya perkara berkenaan sememangnya menjadi tunjang perjuangan parti itu selama ini, dan ianya akan terus diperjuangkan termasuklah pelaksanaan hukum hudud.

Razman berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang mencadangkan agar PAS kembali memberi fokus berhubung penubuhan Negara Berkebajikan sebagaimana yang dipersetujui bersama dengan parti-parti komponen (PKR dan DAP) sebelum ini.

Bagi Razman, Pas tetap mementingkan perjuangan menegakkan syariat Islam dan dalam masa sama akan terus memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam mengenainya.

“Mungkin mereka (bukan Islam) ni tak faham. Oleh itu, kita wajib memberi kefahaman kepada mereka.” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Sebelum ini Nga Kor Ming dilaporkan berkata, penubuhan Negara Berkebajikan itu juga turut terkandung sebagai polisi dalam Buku Jingga PR, malah ia sudah diluluskan sempena muktamar PAS yang lalu.

“DAP memang tidak setuju dengan hasrat Pas menubuhkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Kita juga tidak mahu penubuhan negara Kristian, Buddha atau Hindu.

“Apa yang penting adalah semua pihak perlu hidup aman damai dengan saling hormat menghormati selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Malah, pada 1998 Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam, tetapi negara sekular yang berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan. Malaysia juga adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan,” katanya pada sidang media Selasa.

PAS katanya perlu memberi fokus kepada penubuhan Negara Berkebajikan seperti yang telah dipersetujui bersama sebelum ini.

“Pas perlu kembali kepada konsep penubuhan Negara Berkebajikan ini kerana secara tidak langsung ianya akan menambah sokongan daripada masyarakat berbilang kaum di negara ini selaras dengan slogan ‘PAS Untuk Semua.’

“Lagipun, ianya selaras dengan Islam itu yang jelas sebagai agama yang adil dan mementingkan kesejahteraan sejagat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana