Mufti Perlis Nasihat Umat Islam Elak Sertai Pesta Songkhran

KANGAR : Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menasihati umat Islam di negeri ini tidak menyertai Pesta Songkhran atas alasan mempunyai unsur agama selain Islam.
“Jika dilihat Pesta Songkran jelas merupakan majlis keagamaan apabila dalam majlis tersebut diadakan upacara mandi patung Buddha dan kemudian mengagihkan air mandian tersebut kepada orang lain untuk mendapat berkat, ternyata ini merupakan pesta keagamaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bernama difahamkan Perlis akan mengadakan sambutan Pesta Songkhran di Kuala Perlis Sabtu ini yang merupakan antara acara dalam kalendar pelancongan negeri.
Songkhran atau pesta air lazimnya dirai oleh masyarakat Siam di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL