MH370 : Hishammuddin Kagum Semangat Pemimpin ASEAN

HONOLULU 2 April - "Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang umpama pesawat kami sendiri. Kami terlibat dalam usaha mencari sama seperti kami mencari pesawat Vietnam kami sendiri."

Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengulangi ungkapan semangat oleh rakan sejawatnya dari Vietnam Jen Phung Quang Thanh yang menggambarkan perpaduan ASEAN dengan Malaysia tatkala Kuala Lumpur dan rakan-rakannya melaksanakan misi besar-besaran mencari pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac.

Beliau dan rakan sejawatannya dari ASEAN berhimpun di Honolulu untuk menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-ASEAN diusahakan oleh Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel pada Khamis, sehari sebelum itu sesi Meja Bulat Keselamatan Bukan Tradisional.

Dianggap sebagai 'wajah pencarian MH370', Hishammuddin secara tidak langsung turut menjadi tumpuan kalangan yang hadir pada majlis resepsi selamat datang sejak semalam untuk peserta forum yang menjadikan menteri Malaysia itu begitu sibuk.

Jadual tugas harian beliau amat padat yang membawanya ke merata tempat di Honolulu bagi memenuhi pelbagai aturcara yang disenaraikan di Hawaii yang indah menghijau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana