MH370: Dua Kapal Ubah Haluan Untuk Sahkan Isyarat Nadi

PERTH: Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, Australia mengambil petunjuk terbaharu dalam mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, secara serius.

Houston berkata, Kapal Tentera Diraja HMS Echo dan Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield diubah haluannya bagi mengesahkan isyarat nadi elektronik yang dikesan oleh sebuah kapal China, Haixun 01.

"Hakikatnya, kapal itu membuat dua pengesanan yang menjanjikan sesuatu," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengessa supaya media berhati-hati menggunakan maklumat itu dan mengulangi bahawa perkara tersebut masih belum disahkan.

HMS Echo akan mengambil masa 14 jam untuk tiba di lokasi isyarat.

Sebanyak 10 pesawat tentera, dua pesawat awam dan 13 kapal akan membantu misi pencarian MH370 pada Ahad.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) membahagikan pencarian kepada tiga kawasan dengan keluasan keseluruhan 216,000 kilometer persegi, di kedudukan 2,000 km barat laut Perth.

Cuaca di kawasan pencarian diramalkan baik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana