MAS Tidak Menerima Sebarang Notis Saman - AJ


KUALA LUMPUR 31 Mac - Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini menafikan menerima sebarang notis saman daripada keluarga penumpang MH370 ekoran didakwa menyembunyikan fakta sebenar kehilangan pesawat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya berkata, tuntutan saman yang dikhabarkan oleh beberapa media sebelum ini hanyalah dakwaan kosong dan khabar angin semata-mata.

"Pihak MAS belum menerima sebarang notis mengenai saman tersebut dan kita perlu mengetahui apakah saman tersebut sebelum kami mengulas mengenai dakwaan itu," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
alt
Dalam sidang media sama, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menyelar dakwaan media mengatakan pesawat MH470 terhempas di Lautan Hindi.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mengatakan pesawat MH370 mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi.

"Perdana Menteri langsung tidak menyebut dimana kesemua penumpang pesawat MH370 terkorban, Perdana Menteri hanya memberitahu pesawat tersebut berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi," ujarnya.

Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang hilang sejak 8 Mac lepas, membawa 227 penumpang dengan 154 daripadanya merupakan warga China.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana