Macam Satu Ugutan Pada PAS Jer....DAP ramal PR kalah lebih besar jika hudud dilaksana

SHAH ALAM: DAP hari ini cuba memberi tekanan kepada sekutunya PAS agar tidak meneruskan langkah melaksanakan hudud di Kelantan apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mengalami kekalahan lebih besar pada pilihan raya akan datang jika PAS terus berkeras melaksanakan hukum itu.

Lim yang dilihat umpama cuba menakut-nakutkan PAS dengan risiko kekalahan berkata, hudud tidak pernah dan tidak akan memenangi hati pengundi berdasarkan sejarah pilihan raya lalu.

“PAS dan PKR menang lapan kerusi Parlimen dan 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) akibat penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi.

“Walaupun enakmen diluluskan pada 2001, PAS dan PKR hanya memenangi 1 daripada 8 kerusi Parlimen dan 4 dari 28 kerusi DUN pada PRU11 2004," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata kemenangan PAS dan PKR di Terengganu memenangi 4 daripada lapan kerusi Parlimen dan 15 dari 32 kerusi DUN adalah disebabkan tiada kempen melaksanakan hudud di negeri itu.

DAP adalah parti dianggotai majoriti kaum Cina dan pada pilihan raya lalu memperlihatkan berlaku tsunami Cina apabila majoriti besar pengundi Cina menyokong Pakatan Rakyat, mengakibatkan kekalahan BN terutama MCA di sebilangan besar kerusi pilihan raya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana