Kenyataan PM Menandakan Berakhirnya Zaman Ego Besar Air Asia?

Apabila Air Asia membuat keputusan enggan berpindah ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) pada 9 Mei 2014 seperti yang diumumkan oleh kerajaan, ia bukanlah satu kejutan yang terlalu besar kepada mereka yang mengikuti perjalanan syarikat tambang murah paling berjaya ini.

Syarikat ini ditadbir oleh kumpulan manusia yang penuh keangkuhan dan merasakan mereka memberi sumbangan besar kepada negara sehingga ia kebal dari segala tindakan. Para pemegang saham Air Asia mempunyai yang sangat baik dengan koridor kuasa negara terutamanya pada era pentadbiran Pak Lah. Apabila pentadbiran Pak Lah berakhir mereka mengambil bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI), Tan Sri Rafisah Aziz sebagai pengerusi Air Asia X.

Namun kenyataan tegas Perdana Menteri hari ini mungkin menyaksikan episod baru urus tadbir penerbangan awam yang lebih baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan, AirAsia tiada pilihan melainkan berpindah ke klia2 seperti yang dijadualkan dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pula tetap akan ditutup pada 9 Mei ini.

Sungguhpun kenyataan Mohd Najib diiringi dengan kenyataan berlapik:

“Kalau mereka buat kenyataan enggan berpindah, itu bunyinya seperti kenyataan yang sombong. Tetapi kalau mereka sebut ada sebab untuk keberatan berpindah dan ingin berunding dengan kerajaan, saya fikir cara seperti itu lebih sesuai.

“Sebagai sebuah kerajaan, kita akan teliti kalau mereka ada masalah. Tetapi apa yang saya ingin tekankan ialah berdialog dengan kerajaan menerusi MAHB.

Namun ia seharusnya memberi isyarat jelas kepada Air Asia bahawa zaman “keangkuhan” mereka mungkin sudah berakhir.

Sebelum ini apa sahaja keputusan dan pandangan MAHB selaku pihak berkuasa lapangan terbang dibantah atau dikritik oleh mereka.

Tidak cukup itu pada Februari 2014, berbangga dengan rekod keuntungan Air Asia, Tony Fernandes yang tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan MAHB dalam isu KLIA 2 dan cukai lapangan terbang mengkritik MAHB. Antara lain beliau menggesa MAHB supaya mula menguruskan keuntungan dengan bijak supaya dapat mengelakkan dari membebankan pembayar cukai.


Fernandes juga mengkritik MAS dan MAHB kerana terus berbelanja dan rugi.

Sumber Di sini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana