Kecekapan juruterbang MH192 dipuji....Inilah Hebatnya Pilot MAS AIRLINE

SEPANG: Rata-rata penumpang pesawat Malaysia Airlines MH192 yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini memuji kecekapan juruterbangnya melakukan pendaratan dengan baik dan lancar.

Masluhuddin Khan, 30-an, warga Australia berketurunan India, berkata walaupun ia adalah detik yang agak menakutkan dalam hidupnya namun juruterbang MAS melakukan pendaratan dengan baik sekali.
Malah, katanya, juruterbang itu memaklumkan kepada penumpang melalui sistem interkom setiap 20 minit mengenai langkah dan tindakan yang diambil olehnya semasa berlegar-legar di ruang udara selama empat jam.

"Semua penumpang tenang sahaja di dalam pesawat, semuanya dalam keadaan baik di dalam kabin," katanya semasa ditemui pemberita.

Masluhuddin ditemui bersama 159 penumpang dengan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein; Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya di bangunan satelit KLIA.

Kebanyakan penumpang menunjukkan reaksi tenang dan senang untuk ditemu ramah pemberita.

Kapal terbang itu dikemudi Kapten, Nor Adam Azmi dan dibantu pembantu juruterbang, Prakash Kumar. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana