Ingat Polis Malaysia Suka Rasuah...Ambil Kau....Pelajar kolej mengaku tidak bersalah rasuah polis

KUALA LUMPUR 8 April - Seorang pelajar kolej swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap dua tuduhan cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai polis supaya tidak diambil tindakan kerana kesalahan dadah.

R. Suren, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Bagi pertuduhan pertama, Suren didakwa bersetuju memberikan rasuah wang tunai RM4,600 kepada Ketua Bahagian Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, ASP Nik Ezanee Mohd Faisal sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang ditahan atas kesalahan dadah.

Dia juga didakwa menawarkan suapan berjumlah RM10,000 kepada Nik Ezanee bagi tujuan yang sama di tempat dan waktu yang sama iaitu di Tingkat 1, Blok C Pejabat Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Cheras, kira-kira 8.30 malam, 26 September 2013.

Suren didakwa mengikut Seksyen 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula kes. - BERNAMA


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana