Hudud : Kit Siang Kunci Mulut Jaga Dinasti Lim

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka tidak akan tampil menentang usaha Pas untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat sebagaimana tindakan pemimpin DAP lain kerana mahu menjaga hati penyokong Pas demi kelangsungan dinasti Lim.

Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, untuk menjamin kelangsungan dinasti Lim khususnya di Pulau Pinang, Kit Siang tidak akan mengikut jejak bekas Pengerusi, Karpal Singh dan Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua yang lantang memberi peringatan kepada Pas agar tidak meneruskan hasrat tersebut.

"Beliau tidak akan membuat pendirian tegas mengenai hudud demi menjaga hati penyokong Pas terutama di Pulau Pinang bagi memastikan negeri tersebut kekal berada dalam genggaman dinasti Lim," dakwa Lum Yong dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini pelbagai pihak mencabar Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP belum disahkan, Lim Guan Eng tampil menyatakan pendirian berhubung tindakan Pas mahu membentangkan rang undan-undang persendirian untuk mendapat kebenaran bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Cabaran dibuat selepas Karpal dan Tony Pua secara terbuka memberi ingatan keras kepada Pas agar jangan meneruskan hasrat tersebut kerana hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan pembangkang dan menjelaskan, DAP akan menggagalkan usaha parti sekutunya itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Lum Yong yang juga antara bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, Kit Siang tidak perlu memberi ceramah politik kepada pemimpin-pemimpin MCA mengenai hudud kerana beliau sendiri gagal memahami soal Perlembagaan DAP.

"Lebih baik Kit Siang beri ceramah politik kepada Guan Eng dan mengajar anaknya itu mengenai Perlembagaan parti serta bagaimana untuk mengira 1,823 undi (yang menjadi kontroversi semasa pemilihan DAP baru-baru ini)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana