Hishammuddin minta polis siasat kemungkinan sabotaj terhadap MAS....Ada Kemungkinan Dengki Dengan MAS

PESAWAT Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 ke Bangalore, India yang berpatah balik selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ), di Sepang, jam 1.56 pagi ini.

SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan yang Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sudah pun meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, untuk menyiasat sebarang kemungkinan berlakunya sabotaj terhadap Malaysia Airlines (MAS).

Katanya, beliau melihat perkara itu dari pelbagai sudut termasuk segala kemungkinan yang timbul mengenai segala kejadian yang menimpa MAS sejak kebelakangan ini.
“Bagaimana pun, apa saja maklumat yang diperoleh perlu dipastikan kesahihannya dan mesti disiasat secara terperinci sebelum kita boleh merumuskan apakah yang sebenarnya punca kepada semua kejadian ini.

“Saya percaya segala yang berlaku akan mengubah landskap dunia penerbangan secara global dan bukan hanya di peringkat tempatan saja,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Beliau mengulas mengenai kemungkinan wujudnya unsur sabotaj atau sebarang elemen lain yang menyebabkan berlakunya beberapa insiden membabitkan MAS sejak kebelakangan ini.

Terdahulu, Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan semua penumpang pesawat MH192 di KLIA, selepas pesawat itu yang dalam penerbangan dari KLIA ke Bangalore pada jam 10.09 malam tadi, terpaksa berpatah balik kerana satu tayar pada gear pendaratan meletup semasa berlepas.

Pesawat berkenaan selamat mendarat di KLIA pada jam 1.56 pagi tadi.
Pesawat jenis Boeing 737-800 yang membawa 166 penumpang, termasuk tujuh anak kapal sepatutnya mendarat di Bangalore pada 11.35 malam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana