HARON DIN BAGI NASIHAT BUAT MAHFUZ BEAN!!!

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din menasihatkan umat Islam agar tidak terjebak dengan sikap hasad dengki dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang baru sahaja sehari keluar daripada menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, sikap tercela tersebut boleh meruntuhkan perpaduan yang dicipta dan melunturkan semangat setiakawan ketika berusaha secara kumpulan.

"Jauhilah sikap yang hina dalam Islam. Sifat hasad dengki boleh hilangkan tali persaudaraan, perpaduan yang jitu akan luntur walaupun pernah satu ketika seronok berusaha membangunkan sesuatu yang berguna pada ummah," katanya semasa berucap merasmikan majlis pecah tanah dan kenduri kesyukuran pembinaan Masjid Abu Ubaidah Ibni al-Jarrah, Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan semalam.

Haron memberitahu, jika sikap tersebut menular dalam masyarakat maka apa yang dirancang tidak menjadi kerana asyik bercakaran sesama sendiri.

Mac lalu, Haron mempertahankan kerajaan dan Penerbangan Malaysia (MAS) dengan mengatakan mereka telah melakukan yang terbaik dalam usaha mengesan pesawat MH370 biarpun usaha berkenaan dikritik hebat Mahfuz Omar dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana