Gambar Pelacur China Londehkan Seluar Depan Balai Dang Wangi

KUALA LUMPUR - Seorang daripada lima pelacur warga China menunjukkan aksi biadap apabila bertindak melondehkan seluar hingga menampakkan punggungnya sebaik menyedari gambarnya dirakamkan ketika dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Wanita terbabit bertindak demikian kerana bengang dengan tindakanjurugambar berkenaan yang tidak putus-putus merakam gambarnya sebaik dia dan rakan-rakannya turun dari kenderaan polis.

Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya memakan diri apabila dia dimarahi oleh pegawai polis yang mengiringi mereka ke lokap.

Kelima-lima wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan selepas polis melakukan operasi di sebuah plaza di Jalan Pudu di sini kelmarin.

Ia ekoran pendedahan yang dibuat Kosmo! selama dua hari berturut-turut sejak Sabtu lalu mengenai kegiatan pelacur-pelacur berkenaan yang selamba menjual diri depan tandas pasar raya berkenaan.

Serbuan dibuat oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi diketuai Cif Inspektor Rosmizan Abdul Wahab bersama lapan anggota.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya melakukan intipan selama beberapa jam sebelum menahan suspek.

"Ketika diserbu, kesemua mereka termasuk pelanggan yang sedang berurusan melarikan diri," katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana