Di Situ Ada Kejadian Tergempar Adanya Tok MOH...

Ada macam-macam jenis gaya dan taktik pengiklanan atau publisiti diri. Salah satu ialah dengan mempopularkan diri walaupun menerusi cara bodoh yang boleh digelak-gelakkan orang.

Antara yang terkenal dengan taktik tersebut adalah Anwar Ibrahim dan golongan bomoh yang sebenarnya tidak tahu apa-apa tetapi berlagak macam tahu. Disebabkan tidak ada apa-apa keistimewaan tetapi untuk terus hidup, mereka terus berbohong dan mengada-adakan cerita tentang dunia ghaib yang tidak dapat dibuktikan dengan mata dan telinga, tetapi amat dipercayai oleh sejumlah manusia yang mengharapkan keajaiban.

Masa mendiang Karpal Singh kena tampar di pekarangan Mahkamah Tinggi di Jalan Raja dahulu, Ibrahim Mat Zain masih lagi penjual ubat di Belakang Mati. Melihat sambutan dan sokongan yang diberikan kepada Kiyai Arshad, Ibrahim Mat Zain dapat idea. Dan semenjak itulah, setiap kali ada kes berprofil tinggi yang akan dibicarakan di Mahkamah, kelibat Ibrahim Mat Zain akan kelihatan.

Dan seperti biasa, dia akan menjual temberang kononnya dia dipanggil atau dijemput oleh seseorang yang penting. Siapa orangnya, hanya khadam-khadam dan qarin ghaibnya sahaja yang tahu.

Kecuali ketika dia dibuang daerah termasuklah yang terbaru, dia tidak akan kelihatan. Selalunya itu adalah gaya dan publisiti diri bagi memancing kaki-kaki yang percaya dengan keajaiban air liur tok bomoh dengan cerita-cerita merapu tentang alam ghaib.

Kematian Karpal Singh akibat kemalangan di Lebuhraya PLUS KM 306.1 arah utara memberi ilham kepada Ibrahim Mat Zain untuk mencari populariti.

Maka timbullah pertanyaan, selepas PENAMPOR BUAYA adakah kali ini akan muncul pula PENAMPOR HANTU KARPAL SINGH sekiranya mana-mana pemimpin menegur perbuatan karutnya itu?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana