Dengan bermodalkan air liur,Anwar terus mengkritik pentadbiran kerajaan secara terbuka



Dengan bermodalkan air liur, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengkritik pentadbiran kerajaan secara terbuka hingga sanggup menggadaikan masa depan rakyat dan negara ini semata-mata untuk mencapai matlamatnya menguasai Putrajaya dan bergelar Perdana Menteri.

Berucap semasa perhimpunan Reformasi 2.0 di Ipoh, malam tadi, Anwar begitu lantang menghasut rakyat untuk berhimpun beramai-ramai di Putrajaya pada 1 Mei nanti bagi menyuarakan segala permasalahan yang dihadapi mereka.

Perhimpunan yang digelarkan sebagai ‘Kenduri 1 Mei’ itu, katanya akan menjadi simbolik kepada gelombang tranformasi kedua yang menjadikan jalanan sebagai tempat untuk menyuarakan ketidakpuasan hati pihak pembangkang kepada kerajaan.

“Pada 1 Mei ini, kita mesti bangkit dan mengambil sikap berani…jangan tunggu pilihan raya akan datang dan kita perlu beri amaran yang jelas,” jelasnya.

Sementara itu juga, beliau turut membidas kewibawaan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam mengendalikan kehilangan pesawat MH370.

“Soal keselamatan tidak boleh diberi jaminan oleh Menteri Pertahanan dan beliau seharusnya meletak jawatan!,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana