Catuan Air : MB Selangor Gila Kuasa, Rakyat Tanggung Derita

KUALA LUMPUR 23 April - Rata-rata penduduk Lembah Klang melahirkan rasa kekesalan dan marah kerana menganggap penderitaan yang terpaksa dialami akibat daripada catuan air adalah disebabkan ketaksuban politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tanpa menghiraukan kebajikan rakyat.

Peniaga pisang goreng, Wan Nasrun Wan Jaafar, 60, berkata, Khalid dianggap mengamalkan politik dendam terhadap Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional (BN) kerana tidak menghiraukan amaran tentang krisis air sejak lima tahun lalu yang telah dibangkitkan kerajaan pusat."Kerajaan (pusat) telah beri amaran lima tahun yang lalu, kerajaan pasti mempunyai pakar untuk menilai tentang perkara itu, tetapi mereka (kerajaan Selangor) tidak hiraukan kerana dendam politik antara parti.

"Mereka sepatutnya ketepikan permainan politik mereka ini, kerana masalah air ini merupakan isu negara yang membebankan, dan saya memang kecil hati mengenai keputusan Kerajaan Selangor untuk tidak menandatangani perjanjian pembinaan Projek Langat 2 dan jika ianya dipersetujui lima tahun lalu pasti Selangor dan Kuala Lumpur tidak akan mengalami masalah ini," katanya ketika ditemui wartawan Rakyat News di sini, hari ini.

Bagi pemilik restoran, Richard Lee, 58, beliau menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor untuk tidak menghiraukan amaran kerajaan tentang krisis air adalah perkara yang keji hanya kerana perbezaan pandangan politik.Tambahnya lagi, sebagai pemilik restoran beliau terpaksa menanggung kerugian yang amat tinggi bagi menampung perniagaannya akibat ketiadaan air.

"Apa sahaja yang kerajaan BN hendak buat mereka pasti akan tidak setuju, mereka ini hanya tahu membangkang sahaja, walaupun mereka tahu apa yang kerajaan buat adalah untuk kepentingan rakyat.

"Akibat dari ketiadaan air ini, saya telah menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit untuk membeli kelengkapan sebagai persediaan menghadapi catuan air ini," katanya.

Sementara itu, bagi pengusaha premis cucian kenderaan, Mokhtar Yom, 63, keputusan Khalid tidak mempersetujui projek Langat 2 pada lima tahun melambangkan bahawa Menteri Besar seorang yang gila kuasa."Memang silap Khalid, sekiranya beliau bersetuju dahulu, krisis ini tidak akan berlaku, tapi kerana dia(Khalid) punya degil dan dia hendak tunjuk kuasa beliau, rakyat yang terpaksa menanggung kesusahan.

"Hanya sekarang baru beliau hendak menjalinkan kerjasama dengan kerajaan kerana masalah telah semakin kritikal, saya memang marah dan tidak dapat menerima tindakan beliau," ujarnya.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengeluarkan notis untuk melakukan catuan bekalan air di beberapa kawasan di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Syabas akan melaksanakan Pelan Catuan Bekalan Air Berjadual ini secara berperingkat sejak dua bulan yang lalu.

Kerajaan Selangor sebelum ini tidak mempersetujui pelaksanaan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) selama hampir enam tahun dan hanya mempersetujuinya pada Februari yang lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana