Campakkan apa saja untuk cari MH370...

Hari ke 26. Kuasa-kuasa besar yang memiliki teknologi dan aset tercanggih di dunia seperti Amerika Syarikat, British, China, Jepun, Australia  nampaknya terus 'mencampakkan' apa yang ada untuk menyelesaikan misteri kehilangan MH370.

Ia bukan soal Malaysia lagi, bahkan dunia kini, kerana memahami apa yang menyebabkan MH370 hilang begitu sahaja, akan mencegah perkara yang sama berlaku.

Hari ini, seluruh dunia, orang naik kapal terbang macam naik bas. Jika misteri MH370 tidak diselesaikan.

Bagaimana syarikat penerbangan, pembuat kapal terbang, dan semua yang terlibat dengan industri ini nak yakinkan pengguna bahawa pengangkutan udara adalah selamat.

Semalam, sahaja ada 10 pesawat dan sembilan kapal di kawasan carian, 1490 kilometer dari Perth.

Hari ini operasi diperhebatkan lagi dengan kehadiran ketibaan kapal selam British di Lautan Hindi menjelang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Perth, hari ini.

Tentera Laut Britain berkata, HMS Tireless tiba di lokasi sasaran dan "dengan keupayaan canggih bagi mengendalikan pencarian dasar laut yang diharap dapat membantu mengesan pesawat itu".
mh-sar2april
Kehadiran HMS Tireless adalah kapal selam pertama menyertai operasi berkenaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penghantaran kapal selam itu disahkan oleh rakan sejawatnya di United Kingdom Philip Hammond dalam satu perbualan telefon.

"Ini adalah satu sumbangan daripada rakan Malaysia yang amat dihargai bukan sahaja oleh kami tetapi juga rakan-rakan operasi pencarian penerbangan MH370,"ujarnya.

Para pemerhati berkata ia menunjukkan sokongan berterusan United Kingdom kepada percubaan pelbagai negara untuk mengesan pesawat yang hilang itu.

Peralatan pendengaran dalam air yang canggih dimiliki HMS Tireless akan digunakan untuk mengesan lampu isyarat pengesan perakam penerbangan pesawat itu.

Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata HMS Tireless, sebuah kapal selam nuklear kelas Trafalgar, berkeupayaan untuk beroperasi di kawasan persekitaran maritim yang paling teruk, seperti di Kutub Selatan.

Tambahan pula, UK telah menghantar HMS Echo untuk membantu pencarian .

Sementara itu, jet peribadi milik pengarah filem Lord of The Ring, Peter Jackson juga dilaporkan digunakan dalam operasi antarabangsa bagi mencari pesawat terbabit yang hilang sejak 8 Mac lalu dengan membawa 239 orang.

Walaupun gerakan mencari begitu intensif di Lautan Hindi menggunakan kapal terbang dan kapal di barat daya Perth, masih tiada penemuan dibuat setakat ini yang mungkin ada kaitan dengan pesawat itu.

"Tiada perkembangan signifikan untuk dilaporkan," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia menerusi Twitter selepas 10 pesawat pulang lewat petang semalam selepas rutin pencarian.

Kapal selam Tireless adalah kapal selam peninjau terbaik dalam kelasnya sama seperti pesawat P-8 Poseidon milik tentera Amerika Syarikat yang dilengkapi kamera definisi tinggi dan beberapa alatan pengesan canggih dianggap sebagai pesawat peninjau paling moden di dunia.

Pada mulanya kehadiran kapal terbang canggih itu dianggap mampu merungkai misteri kehilangan sebuah pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu.

Namun kemampuan P-8 Poseidon kini dilihat sebagai terbatas.

Tentera AS menghantar dua pesawat Poseidon yang dilengkapi kamera, radar dan pengesan infra merah yang direka khas untuk mengesan objek di dasar lautan.Bagaimanapun, peralatan canggih tersebut tidak banyak membantu dalam misi mencari pesawat MH370.

Malah kru-kru Poseidon lebih banyak melihat dari tingkap pesawat untuk mengesan sebarang serpihan.

Seorang juruterbang P-8 Poseidon, Leftenan Komander David Mims berkata, ini adalah kali pertama beliau berada di Lautan Hindi yang dianggap kawasan pencarian paling mencabar untuk dirinya.

"Sangat ganjil apabila terbang di lautan ini kerana anda tidak melihat sebarang pulau dan juga kapal di laut.

"Di sini kosong, tiada apa di sini. Ia sangat ganjil," katanya.

Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas di selatan Lautan Hindi ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Sehingga kini tiada serpihan pesawat itu dijumpai dan semua objek yang dikesan oleh pesawat peninjau yang menyertai usaha mencari disahkan sebagai sampah selain peralatan menangkap ikan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana