Azmin kena hentam cuba burukkan kerajaan depan MP Australia

Perbahasan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (RUU GST) 2014 yang bersambung Isnin di Dewan Rakyat kecoh gara-gara sikap Ahli Parlimen PKR Gombak, Azmin Ali yang seolah sengaja bertindak mahu memburukkan kerajaan.

Kejadian bermula apabila Azmin yang sedang mengambil giliran membahaskan rang undang-undang berkenaan diberhentikan sebentar oleh timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee bagi mengumumkan mengenai lawatan satu delegasi dari ahli parlimen Australia sedang berada di galeri awam.

Menyedari ada pelawat dari luar negara itu, Azmin bertindak menyambung perbahasan beliau dalam bahasa Inggeris yang sebenarnya tidak dibenarkan oleh peraturan mesyuarat, kecuali dengan izin Speaker dalam kes-kes tertentu di mana perkataan bahasa Inggeris terpaksa digunakan bagi maksud pencerahan kerana terjemahan dalam bahasa Melayunya kurang tepat.

Malah, Azmin bukan sahaja setakat berbahas dalam Bahasa Inggeris, tetapi beliau juga berpusing membelakangkan timbalan Speaker serta anggota Dewan yang lain untuk menghadap delegasi pelawat  dari Australia yang berada di galeri awam.

Azmin berkata, beliau berhujah mengenai isu GST yang dibentangkan oleh UMNO dan Barisan Nasional yang hanya memperolehi 46 peratus undi popular dalam pilihan raya lalu.

Tindakan beliau mengundang kemarahan beberapa ahli Parlimen kerajaan yang bangun membantah  tindak tanduk Azmin itu.

Ahli parlimen  Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis bangun mencelah dan mengucapkan terima kasih kepada Australia yang membantu misi mencari MH370.

Beliau juga meminta delegasi dari Australia itu tidak menghiraukan isu remeh yang dibangkitkan oleh ahli parlimen Gombak itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu ditentang oleh Azmin menyebabkan situasi dalam Dewan bertukar kecoh dan gamat hingga butiran yang beliau bahaskan juga sukar didengar.

Sikap Azmin  turut mengundang teguran daripada Ronald yang mengingatkan beliau bahawa delegasi Australia itu tidak terbabit dalam perbahasan RUU GST yang bakal dilaksanakan di Malaysia pada April tahun hadapan.

Selain Jamaluddin turut mengecam Azmin adalah ahli parlimenTanjung Karang Datuk Seri Noh Omar dan ahli parlimen Tampin Datuk Seri Shaziman Mansor.

Saksikan sendiri video kekecohan yang dicetuskan oleh Azmin yang terang-terangan dilihat seolah mahu ‘menangguk di air keroh’ dengan memburukkan imej negara dengan pemimpin luar negara.-bnbbc.my

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana