Anwar Dakwa Najib Sembunyi Punca Kehilangan MH370...Kes China Doll Apa Dah Jadi ANWAR?

KUALA LUMPUR 16 April - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyembunyikan punca utama kehilangan pesawat MH370 ekoran persoalan utama tersebut tidak diperjelaskan sungguhpun tragedi tersebut telah memasuki hari ke-39.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberikan maklumat dan jawapan mengenai radar yang tidak dapat mengesan pertukaran laluan pesawat MH370 dan juga isi kargo yang dibawa oleh pesawat tersebut.

"Perdana Menteri Malaysia harus tampil ke hadapan untuk menjawab persoalan-persoalan ini, jangan sembunyikan apa-apa maklumat mengenai MH370.

"Kita ingin tahu sama ada radar yang mengawasi ruang udara negara ini tidak berfungsi atau kerajaan sebenarnya sedang menyorokkan maklumat mengenai kehilangan MH370," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, terdapat keraguan dalam pengesahan maklumat kerajaan mengenai isi kargo yang dibawa pesawat tersebut pada 8 Mac lalu.

"Berdasarkan maklumat yang diberikan, pesawat MH370 telah membawa 4 tan buah manggis sebagai muatan kargo, namun setelah disiasat kami tidak tahu dari mana datangnya buah manggis itu kerana ianya di luar musim bagi tumbuhan tersebut untuk berbuah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya lebih telus dalam menyalurkan maklumat dengan tepat dan betul kepada semua pihak termasuk keluarga penumpang MH370.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana