AMBOI, BUKAN MAIN LAGI ANWAR IBRAHIM DAN MAT SABU TUNDUK DI DEPAN KERANDA KARPAL SINGH!!!

Dalam Islam, ada garis panduan bagaimana menghormati jenazah bukan Islam sebagaimana yang diteladankan oleh Nabi s.a.w dan para Sahabat r.a. Namun pada zaman moden ini, ajaran Nabi Muhammad s.a.w dan para Sahabat r.a telah dianggap kuno, jumud dan tidak lagi menepati ajaran agama universal, terutama sekali yang berkaitan dengan kemajmukan fahaman dan kaum dalam usaha untuk merampas tampuk kuasa.

Dengan kata lain, taqiyyah dianggap sebagai satu keperluan masa kini bagi menunjukkan kononnya orang Islam atau mereka yang mengaku beragama Islam, boleh masuk di mana-mana kalangan.

Itu yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Mat Sabu dalam majlis memberi penghormatan kepada mayat mendiang Karpal Singh di Pulau Pinang pagi tadi.

Bukan main tunduk dan terhangguk-angguk lagi Anwar Ibrahim dan Mat Sabu di hadapan keranda orang yang pertama kali mendedahkan amalan seks songsang Anwar Ibrahim di Parlimen pada tahun 1997 sehingga Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir terpaksa mengarahkan pihak polis melakukan siasatan dan kemudian mendakwa Anwar Ibrahim di mahkamah atas kesongsangan amalannya.
Ironinya, ANWAR IBRAHIM MENGHARAMKAN KAKI DAN TUBUHNYA daripada menziarahi jenazah dua orang pemimpin utama PAS iaitu bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Allahyarham Datuk Harun Taib. Barangkali ketiadaan upacara angguk-angguk dan membongkok di hadapan keranda membuatkan Anwar Ibrahim tawar hati untuk melakukan ziarah sebagaimana yang dilakukannya untuk mayat Teoh Beng Hock, orang yang membunuh diri bagi menutup skandal penyelewengan tender dan kontrak majikannya, Ean Yong Hian Wah dan Karpal Singh.

Walaupun tidak mengisytiharkan secara terbuka, nampaknya penyakit Pluralisme sudah mencengkam negara ini. Semakin ramai puak juhalak yang beranggapan, apa yang dilakukan oleh Mat Sabu dan Anwar Ibrahim sebenarnya tidak apa-apa berbanding mengamalkan rasuah. Bahkan mereka meletakkan golongan pengamal rasuah dan sesiapa sahaja dari kalangan UMNO-BN jauh lebih terhina daripada perbuatan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim dan Mat Sabu serta golongan yang cuba memesongkan akidah umat Islam ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana