AHLI PARLIMEN AMPANG BUAT TIDAK TAHU PASAL AKTIVITI TOPLESS FRIDAY BEACH PARTY

Aktiviti persundalan dan kemaksiatan kini secara terang-terangan diadakan di Malaysia tanpa sebarang pemantauan daripada pihak berkuasa.

Malah, lebih teruk lagi ada Ahli Parlimen di kawasan tersebut yang tidak mengambil endah akan aktiviti persundalan yang berlaku di kawasannya.

Lebih sedih lagi, tiada sebarang tindakan yang diambil mahupun kenyataan media mengenai larangan aktiviti tersebut biarpun ia secara terang diadakan di kawasan seliaannya.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan DBKL, aktiviti tersebut dianjurkan oleh Tetuan Nihonkan Sdn. Bhd di ‘The Pool', 347, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 11 April 2014 (Jumaat). Semakan jabatan juga mendapati tidak ada sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti sebagaimana di atas dibuat kepada pihak DBKL.

Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan lesen dibuat ia tidak akan diluluskan memandangkan ianya tidak selaras dengan garis panduan pelesenan. Penganjur juga didapati telah pun mempamerkan iklan tanpa kelulusan lesen daripada DBKL.

DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur dan mereka diberikan tempoh selama 7 hari untuk mengemukakan representasi bertulis mengapa kelulusan lesen premis dan Lesen Hiburan serta lain-lain lesen mereka boleh dibatalkan ekoran kesalahan di atas.

Di samping itu juga, DBKL akan mengarahkan agar premis di atas ditutup selama 7 hari mulai malam ini (8 April 2014) bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan oleh DBKL.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana