500 Ahli PKR, DAP Sertai PPP


Kira-kira 500 ahli PKR dan DAP daripada Ipoh Timor dan Gopeng bertindak meninggalkan parti itu untuk menyertai PPP kerana percaya dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.

Mereka menyerahkan borang itu kepada Presiden PPP, Datuk Seri M, Kayveas pada satu majlis di Ipoh City & Country Club (ICCC) di Ipoh.

Kayveas berkata, jika pada tahun 2004, kepimpinan PKR pernah mengumumkan kira-kira 3,000 ahli PPP di Kedah menyertai PKR ternyata tidak benar, tetapi kali ini ahli PKR menyertai PPP adalah benar-benar berlaku.
“Ia benar-benar berlaku dan kita ada bukti,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Presiden PPP dengan kepimpinan parti di negeri Perak di ICCC pada Sabtu.

Antara yang mengambil keputusan meninggalkan menyertai PPP ialah dua beradik, bekas Ketua Pemuda DAP di Mengelembu, T. Vicniswaran dan adiknya, bekas Ketua Pemuda PKR di Gopeng, T. Loga.

Vicniswaran ketika ditemui berkata, dia mengambil keputusan meninggalkan DAP kerana tertarik dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurutnya, dia menyertai PPP kerana keahlian parti itu juga melambangkan konsep 1Malaysia.Sementara itu, dalam perkembangan lain, Kayveas memberitahu, setakat ini PPP mempunyai kira-kira 600,000 ahli di seluruh negara dan pihaknya tidak berhasrat untuk menambah lebih ramai lagi.

“Kita sekarang ini menekankan kepada kualiti ahli, walaupun dengan 600,000 ahli, kita mahu ahli-ahli ini dapat menarik sokongan lebih sejuta rakyat kepada Barisan Nasional,” ujarnya.

Dalam hubungan itu, beliau berharap, kepimpinan parti di peringkat bahagian dan cadangan yang mendapat jawatan di tempat masing-masing seperti Ahli Majlis dan sebagainya perlu terus aktif mendekati ahlia-ahli.

Beliau yakin, berdasarkan pelbagai program yang dilaksanakan, seperti skim insuran, PPP akan mempunyai lebih ramai ahli yang berkualiti.

Kayveas menjelaskan, melalui skim insuran yang ditawarkan, ahli-ahli yang berumur sehingga 70 tahun hanya perlu membayar RM15 setahun untuk mendapat perlindungan sehingga RM30,000.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana