12 Maut Runtuhan Salji Di Gunung Everest

KATHMANDU: Seramai 12 orang pemandu arah warga Nepal terbunuh dalam satu kejadian runtuhan salji di Gunung Everest pada Jumaat.

Menurut Kementerian Pelancongan Nepal, kejadian berlaku di kawasan rendah yang terletak antara kem utama dan Kem 1.

Nahas dilaporkan berlaku ketika kesemua Sherpa terbabit sedang membaiki tali yang digunakan pendaki di bawah Kem 2, pada kira-kira pukul 6.30 pagi waktu tempatan (9.10 pagi waktu Malaysia).

Runtuhan salji itu merupakan yang terburuk dalam tempoh lapan tahun yang melanda laluan popular ke puncak gunung tertinggi di dunia tersebut.

Empat lagi Sherpa masih hilang dan angka jumlah dijangka meningkat selepas beberapa mayat ditemui tetapi belum dikeluarkan.

Runtuhan salji itu juga merupakan kali pertama berlaku dalam musim pendakian pada tahun ini yang bakal disertai beratus-ratus pendaki dari dalam dan luar negara untuk ke puncak tertinggi di dunia setinggi 8,850 meter tersebut.

Hampir 250 orang terkorban ketika mendaki Gunung Everest, yang boleh didaki sama ada dari Nepal atau Tibet.

Kementerian Pelancongan mengeluarkan sebanyak 334 permit kepada pendaki asing musim ini berbanding 328 permit pada tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana