Fesyen baju dan seluar celoreng Hina Uniform Tentera Malaysia.

Pagi tadi admin terbaca luahan hati seorang anggota ATM yang berasa kesal terhadap segelintir pereka fesyen yang mengunakan kain celoreng sebagai hasil karya mereka. Apa pun mari kita luangkan masa dan baca sekejap diantara luahan hati

"Kami hormat warna celoreng ini kerana tersimpan rahsia yang tidak difahami oleh orang awam. Tapi kenapa ada makhluk² tidak bertanggungjawab dengan sengaja melacurkan warna ini dengan pelbagai alasan."

Pelbagai corak pakaian baru direkabentuk menggunakan warna kebanggan kita ini. Menjadi pakaian² yang langsung tidak mencerminkan semangat jati diri yang terkandung dalam warna tersebut. Kita diajar memakai pakaian ini dengan cara yang sangat tertib dan ketertiban itu membentuk disiplin diri kita. Nak pakai uniform, mata MP dan RSM tajam memerhatikan setiap inci. Samada ianya dipakai betul atau tak dan yang pakai, adalah mereka yang telah pun sain mati atau dalam erti kata lain, sain demi perkhidmatan kepada negara.

Uniform itu dipakai bukan untuk suka². Ia membawa bersamanya tanggungjawab yang amat besar. Kalau ikut Konvensyen Geneva, yang pakai loreng ini dalam perang ada hak untuk ditembak tanpa soal atas andaian dia adalah anggota tentera. Itu belum kira keperitan yang kita lalui demi pakaian itu. Segala latihan, operasi, semuanya diikat pada warna loreng tersebut.

Ianya satu trend yang dicetuskan oleh golongan berpengaruh besar terutamanya artis. Tanpa pemahaman yang terperinci, mereka menggunakan uniform tersebut dengan cara yang cukup janggal. Loreng dikenakan dengan kasut tumit tinggi misalnya. Semuanya dihalalkan atas alasan mereka adalah artis yang berpengaruh besar.

Mungkin pakaian ala tentera menjadi trend sekian lama. Tetapi kenapa dalam nak mencipta fesyen² tak tentu arah sebegini dan warna pasukan negara yang dipilih?

Perbuatan ini sudah semakin berleluasa. Bila tidak dibendung, natijahnya mungkin kita tak terfikir. Ada di kalangan yang membuat rekaan sebegini tidak langsung rasa bersalah. Malah bermacam alasan diberikan demi menghalalkan tindakan mereka yang terang² menghina pasukan keselamatan negara.

Alasan utama? Mereka golongan berpengaruh, banyak duit, ada kedudukan. Maka mereka bebas melakukan apa saja. Walaupun meletakkan maruah pasukan keselamatan di bawah tapak kaki mereka. Sedihnya, tindakan sebegini disokong pula oleh sesetengah golongan yang berfikiran cetek.

Adakah mereka ini merasa perit berjemur di tengah panas? Atau meninggalkan keluarga berbulan² demi bertugas? Atau merasakan peluru bersimpang siur di atas kepala? Aci lawan potong kepala ayam, taruk mereka bawah panas 5 minit dah ada yang terjerit² kata ianya adalah tindakan yang melanggar hak asasi.

Warna loreng kita adalah warna keramat yang telah menyaksikan tumpahnya darah anggota kita demi membina keamanan yang kita kecapi sekarang. Lihat warna itu dan hayati sejarahnya. Jangan samakan dengan pakcik pergi bendang yang pakai loreng itu. Sekurangnya ia digunakan demi berbakti walau di ladang. Manakan sama dengan memakainya dalam keadaan yang ditukar rupa dan sifat.

Apakah tidak ada penghormatan pada warna ini sehingga ia dilacur demikian rupa? Kalau nak berpesen pun, adakah tidak ada warna lain yang boleh dipilih? Atau ini satu lagi usaha meretakkan imej dan maruah kita sebagai anggota tentera?

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MPM : Apa Masalah MCA Sepakat dengan DAP?