PKNS: Tamat kontrak pekerja untuk berjimat, kata Khalid...Macam Ni Kerajaan PR Yang Kita Mahukan?

Tindakan menamatkan khidmat 22 pekerja kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menjimatkan kos perbelanjaan negeri, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, dengan penamatan jumlah pekerja tersebut, PKNS dapat menjimatkan kos operasi sebanyak RM7juta setahun.

"Ini menunjukkan PKNS selama ini berbelanja berlebihan hanya untuk membayar gaji 22 kakitangan kontrak," katanya dalam sidang media di Bangunan SUK Shah Alam hari ini.

Khalid turut mendedahkan, wujud aduan daripada 'whistle blower' yang sangsi dengan sesetengah pegawai kontrak yang diambil bekerja bukan melalui temuduga terbuka.

Sebaliknya melalui sokongan tertentu daripada Ahli Lembaga Pengarah PKNS, sekaligus menyekat peluang kira-kira 200 pegawai dan 1,500 kakitangan awam itu sendiri yang mahu naik pangkat.

Malah berlakunya pertindihan tugas dengan kakitangan yang sedia ada dalam PKNS.

"Ada dua pegawai yang buat tugasan sama di pejabat.

"Jadi ada staf mengadu ada atau tak ada (pegawai kontrak) sama saja," katanya.

Semalam, kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) yang ditamatkan kontrak tidak berpuas hati apabila merasakan mereka dibuang tanpa diberikan alasan kukuh sedangkan tempoh kontrak mereka masih panjang.

Bekas Pengurus Kanan Pemasaran PKNS Dr Alif Aiman berkata, tindakan itu tidak beretika apabila mereka diberi taklimat berhenti serta-merta pada 4 Februari lalu sedangkan surat penamatan mereka sudah ditandatangani sehari sebelumnya.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan  meneliti tindakan yang akan diambil terhadap PKNS selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan Kementerian Sumber Manusia,
Jabatan Penerangan Pekerja, dan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC).

Abdul Khalid bagaimanapun dalam responnya berkata, prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.

"Penamatan kontrak itu perkara biasa, berlaku dimana-mana bukan saja di PKNS malah di syarikat dan organisasi lain.

"Kalau saya kejam takkanlah ada sesetengah pegawai itu yang dapat ganti rugi melebihi RM60,000.

"Jumlah itu dah dinyatakan dalam perjanjian dan PKNS mesti ikut," katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada isu ini berkaitan dengan krisis bekas Ahli Lembaga Pengarah PKNSyang juga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Khalid bagaimanapun menafikannya.

"Setakat ini tiada kaitan. Kalau ada kaitan dengan Azmin kita akan siasat.

"Kalau tiada kaitan kita akan siasat juga," katanya.

Beliau turut menepis dakwaan ia cubaan untuk mensabotaj Pilihan Raya Kecil Dewan  Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan mencalarkan imej pentadbiran negeri Pakatan Rakyat.

"Sabotaj? Itu karut. Saya ni Pengarah PRK Kajang, kalau saya nak sabotaj maknanya saya sabotaj diri sendiri," katanya tergelak.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL