BAKAR BIBLE KALIMAH ALLAH : PEMIMPIN DAP SEBAR FITNAH & AKAN DISAMAN

Laman sosial Twitter menjadi panas malam ini apabila kesabaran Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sampai ke kemuncaknya.

Tuduhan dan putarbelit Lim Guan Eng terhadap rencana Datuk Rahman Dahlan mengenai perpaduan nasional, dengan mengulangi dakwaan Datuk Rahman Dahlan kononnya menyokong pembakaran kitab yang mengandungi kalimah Allah menaikkan kemarahan beliau sehingga Datuk Rahman Dahlan menulis, "I see you in court".

Nampak gaya buku sudah bertemu dengan ruas. Selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat menggunakan mahkamah untuk menutup mulut pengkritiknya.
Seperti biasa DAP dan kuncu-kuncunya terus mengaburi mata Rakyat dengan mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin negara.

Sekarang giliran Lim Guan Eng sudah tiba. Adalah diharapkan Datuk Rahman Dahlan bertegas membawa Setiausaha Agung DAP itu ke mahkamah seterusnya

Kenyataan Datuk Rahman Dahlan :
Lim Guan Eng sekali lagi bertindak di luar batasan. Dia telah memutarbelitkan kenyataan dan menempelak rencana saya mengenai perpaduan nasional menerusi twitter, dengan mengulangi dakwaan yang saya kononnya menyokong pembakaran kitab yang mangandungi kalimah Allah.
Saya sudahpun menjelaskan pendirian saya mengenai isu berkenaan secara spesifik dan berfakta, tetapi seperti biasa pihak DAP dan kuncu-kuncunya terus mengaburi mata rakyat dengan mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin negara.

Adakah ini kepimpinan pembangkang yang berwibawa yang diperlukan oleh rakyat?
Enough is enough. Cukup-cukuplah. Saya sudah lama bersabar tapi setiap orang ada limitasinya. Saya akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Guan Eng. Saya tidak mahu isu ini dijadikan modal pembangkang dalam PRK Kajang.
Inilah sebabnya mengapa Guan Eng perlu disaman supaya dia berhenti menyebarkan fitnah.

Mungkin tindakan ini akan mendedahkan tembelang sebenar DAP kepada rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana