Air Selangor : Bukti Pembangkang Gagal Malahan Anwar Bakal Pandu Selangor Ke Gaung Kehancuran

Pakatan pembangkang mempunyai kepakaran mencipta provokasi dan fitnah. Namun mereka GAGAL sebagai pentadbir yang memegang amanah rakyat di beberapa buah negeri yang dibawah kuasa mereka seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Pembangkang sebenarnya tidak layak mentadbir walaupun sebuah kampung pun kerana mereka tidak mempunyai kepakaran urustadbir melainkan membangkang dengan alasan-alasan “bodoh” sekadar mencetuskan kesangsian.

Bakat membangkang segala perancangan terbaik yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan akhirnya mengundang “bala” kepada rakyat . Namun rakyat Selangor sepatutnya sedar bahawa kesalahan mereka mengundi pakatan pembangkang sebagai pemerintah Selangor akhirnya memberi natijah yang buruk dan mereka terpaksa telan walaupun pahit hakikat ini.

Perangai “bodoh sombong” pembangkang yang menentang Projek Langat 2 semata-mata keegoaan melampau sekadar untuk menyatakan bahawa mereka tidak perlukan kerajaan Barisan Nasional ini telah meletakkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang paling bodoh. Kepentingan rakyat telah mereka perjudikan dan persendakan.

Projek Langat 2 adalah projek dari Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2 . Kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan hanya dapat menampung permintaan sehingga 2016 sahaja. Penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 yang tidak dapat dipenuhi.Ia adalah pilihan terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial bagi memastikan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi sehingga 2020.

Sebelum ini Kerajaan pakatan Selangor telah memilih 17 buah lombong yang sesuai dijadikan sumber air alternatif kononnya kerana kos rawatan air kolam bekas lombong itu adalah lebih murah, lebih rendah dan stabil berbanding air sungai yang memerlukan banyak alum bagi proses penggumpalan mendakan. Kononnya kolam bekas lombong ini boleh diintegrasikan dengan aliran banjir air sungai bagi menambah isi padu kolam kerana apabila hari hujan, air akan dialirkan masuk ke dalam kolam. Apabila musim kering air kolam digunakan sebagai sumber bekalan air.

Dan pada 14 Julai 2012, Kerajaan pakatan Selangor juga asyik menyalahkan syarikat konsesi Syabas kononnya tidak berkemampuan Mereka melenting apabila Syabas mahu membuat catuan apabila paras air terawat di kolam takungan (bukan empangan) kurang 20 %. Mereka juga enggan mewartakan pelarasan tarif sebagaimana perjanjian konsesi dengan alasan air mentah di tujuh empangan memang cukup.

Akhirnya Khalid Ibrahim mengakui wujudnya masaalah paras air di Selangor. Dalam waktu yang sama Khalid tidak boleh berdolak dalih dan mengelirukan rakyat tentang isu air ini. Sebelum ini Menteri Besar Selangor ini kerap kali menepis hakikat kebenaran kekurangan air di Selangor. Kononnya bekalan air mencukupi untuk rakyat Selangor. Akhirnya juga pakatan di Selangor “menghargai” dalam keterpaksaan peranan yang dijalankan oleh SYABAS dalam situasi yang cukup meruncing ini. SYABAS lah yang akan mengagihkan catuan air ke tempat-tempat yang bermasalah.

Keengganan Khalid untuk melaksanakan Projek Langat 2 membawa akibat yang cukup buruk. Sepatutnya Projek Langat 2 telah dilaksanakan dapat meningkatkan keupayaan pengagihan air disamping mengurangkan kadar kehilangan air sebagai “non-revenue water”. Pembangkang gagal sebagai pemerintah Selangor untuk menjalankan tanggungjawab mengawal dan membekalkan air kepada syarikat konsesi yang menguruskan Loji Rawatan Air.

Ironi nya juga apabila Khalid telah menuduh SYABAS tidak memberi jadual pengagihan air sedangkan jadual tersebut telah disediakan dan diluluskan oleh SPAN pada 24 Februari. Ini berikutan dengan penutupan Loji Batu 11 Cheras and Bukit Tampoi yang telah dibentangkan kepada kerajaan Selangor pada 18 Februari. Ini lah akibatnya apabila sikap memutarbelit fakta sentiasa ada dalam diri pembangkang. Mereka akan terdorong dengan sendirinya untuk menipu.

Kini kedengaran ura-ura Anwar mahu mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor. Sekurang-kurangnya Khalid ada latar belakang korporat sebelum ini. Anwar ini hanya berkelulusan sastera Melayu sahaja. Kepakaran paling nyata beliau ialah “mengayat” rakyat dengan tujuan menipu sehingga rakyat yang tidak mampu berfikiran waras terbawa-bawa dengan ideologi jahat Anwar Ibrahim. Hancur lagi lah Selangor jika Anwar jadi MB. Rakyat bakal ditabur dengan janji indah dan mimpi bulan bintang sedangkankan hakikatnya Anwar bakal memandu Selangor ke dalam gaung kehancuran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana